52 | Jutaan Purnama

3.7K 91 20
                                    

Soneva Jani, Maldives.

Kedatangan aku dan Mateen ke pulau persendirian ini disambut mesra pemilik Soneva Jani Resort, Sonu Shivdasani dan isterinya, Eva Shivdasani. Resort ini diberi nama dengan menggabungkan nama pasangan suami isteri ini, Sonu dan Eva.

Sesuatu yang sangat romantik bagi aku. Kalaulah aku ada sebuah pulau, sudah tentu aku letak nama aku untuk pulau tu. Hah, berangan!

"Welcome to Soneva Jani, Your Royal Highnesses", ucap Sonu sambil tunduk hormat pada aku dan Mateen. Bunga dikalungkan ke leher kami dan welcome drinks dihulurkan. Mateen hanya tersenyum dan salaman tangan dieratkan.

"Thank you, Mr. Shivdasani. It's my pleasure to stay at one of your resort for my honeymoon", balas Mateen. Pemilik resort ini tersenyum lebar. Berbesar hati menerima kedatangan tetamu diraja ini di resortnya. Rupa-rupanya Mateen sudah lama mengenali Sonu. Mateen dan keluarganya pernah beberapa kali bercuti di salah sebuah resort milik Sonu di Thailand.

Kami dibawa melihat sekeliling kawasan lobi dan bangunan utama resort sebelum ke water villa. Memang sangat sunyi dan sangat privasi. Sesuai untuk tetamu di sini yang mahukan ketenangan ketika bercuti.

Trip bulan madu ini hanya ditemani dua orang bodyguard dan AJ. Sudah tentu AJ akan ikut ke mana saja Mateen pergi. Pembantu peribadi Mateen kan, dah macam magnet. Aku pula yang berasa kekok kerana tiada Sufi ikut bersama. Hampir tiga bulan ini, Sufi menjadi pengiringku yang setia. Tapi entah kenapa percutian kali ini, Mateen tidak mahu sesiapa ikut serta kecuali bodyguard kami. Aku malas nak cakap banyak, hanya turutkan saja.

Aku sedar masanya hampir tiba. Jika diikutkan perhitungan 90 hari itu, ia akan berakhir di sini. Sejujurnya, aku belum bersedia untuk itu. Aku masih belum luahkan perasaan aku kepada Mateen. Kali ini, aku kena berani untuk meluahkan rasa itu walaupun aku tidak tahu bagaimana nanti jika aku ditolak. Yang pasti, aku mahu menikmati ketenangan tempat ini.

Setelah habis dibawa pusing sekitar resort, kami terus dibawa ke water villa menaiki buggy dari lobi resort. Aku terkesima melihat villa yang bakal kami duduki selama 5 hari ini.

 Aku terkesima melihat villa yang bakal kami duduki selama 5 hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Villa atas air 2 bilik tidur. Sangat besar. Bilik tidur utama di bawah manakala bilik tidur bersaiz sederhana di tingkat atas. Harga untuk malam saja mencecah belasan ribu. Nasib baiklah ayahanda mertua aku yang taja, kalau duit Mateen sendiri, memang membazir. Membazir untuk satu memori yang akan dilupakan, mungkin.

"Yang lain stay mana?", tanyaku saat melangkah masuk ke villa. Mateen tersenyum manis dan tenang saja dia membalas, "Pergi honeymoon pun masih fikirkan orang lain?"

Aku berdecit. Memang aku suka fikirkan orang lain. Kerana aku juga mahu mereka selesa dan nikmati percutian ini. Walaupun mereka cuma pekerja.

"At the other side", jawab Mateen sambil tunjuk ke villa yang terletak tidak jauh dari villa kami. Aku angguk perlahan dan kemudian mengukir senyum. Senang hati aku apabila mengetahui mereka juga akan rasa selesa di sini nanti.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now