19 | Back to London!

2K 74 11
                                    

Wajah yang bengis, tutur kata yang sinis serta sikap yang dingin.

Itulah gambaran aku tentang Mateen ketika ini. Selepas kejadian tamparan wanita aku singgah di pipinya, dia tidak melayan aku dengan baik. Tutur katanya selalu saja serius. Setiap pagi selepas aku selesai membacakan jadualnya untuk hari tersebut, dia terus berlalu tinggalkan aku. Aku lebih banyak berinteraksi dengan AJ mengenai jadual kerjanya.

Kehadiran aku di padang Polo juga tak ubah seperti patung cendana. Munculkan diri di kelab, duduk tepi padang sambil tengok dia berlatih. Sesekali dia dan pasukannya berbual dan bergelak tawa, aku turut serta seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi hakikatnya, semua itu hanya lakonan aku dan Mateen.

Hipokrit!

Tidak pernah sepanjang hidup aku, aku menjadi hipokrit sebegitu. Sumpah, aku rimas berpura-pura depan semua orang. Seolah aku tidak bebas menjadi diri aku sendiri.

Pejam celik, pejam celik sudah hampir tiga bulan aku bekerja dengan Pengiran Muda Abdul Mateen. Tiga bulan yang aku rasakan seperti 30 tahun. Seksanya apabila aku terpaksa mengadap Mateen hari-hari, pagi petang siang malam!

Dan setiap hari aku berdoa supaya mereka cepat berjumpa dengan Kamal, si lelaki tak guna tu. Lelaki yang telah mengugut aku, menghancurkan perniagaan keluarga aku walaupun aku tahu dia pasti sekadar orang suruhan saja. Kalau aku dapat dalang di sebalik semua kekalutan ini, aku tak akan lepaskan orang tu!

Pandangan aku lontarkan jauh ke tengah padang. Hanya tinggal Azemah, Farid dan Pablo yang masih berada di tengah padang bersama kuda masing-masing. Mateen? Tak tahu sudah menghilang ke mana. Macam hantu! Aku terasa bosan tiba-tiba dengan kehidupan aku di sini. Tinggal di suatu tempat, lakukan perkara yang sama setiap hari.

Best ke macam tu? Aku rimas hidup macam ni. Aku suka berjalan, mengembara melihat tempat orang. Belajar budaya dan cara hidup orang lain. Mencuba makanan mereka, sesuaikan diri dengan keadaan mereka dalam masa yang singkat. Ah, aku rindukan semua itu.

"We're going to London tomorrow night. So pack your things. We'll stay there for two weeks", kata satu suara garau dan dalam itu membuatkan aku sedikit terkejut. Jauh aku mengelamun, tiba-tiba datang raksasa memusnahkan semua lamunan aku. Aku lepas keluh berat dan menoleh ke sebelah kiri. Lelaki suara garau itu melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku sambil meneguk air sejuk di dalam botol. "Dengar tak?", soalnya apabila tiada respon dari aku. Namun sedikitpun dia tidak memandang aku. Matanya jauh ke tengah padang. Benci sangatlah tu nak tengok muka aku. Huh!

"Dengar. Tapi kenapa I tak tahu?", balasku dan menyoalnya semula. Mateen berpaling dan merenung aku tajam. Ingat aku takut dengan renungan dia tu? Sorry! Not for this time. I'm feeling annoyed with that face. Huh!

"Sebab I baru decide this morning. I belum inform AJ lagi", jawabnya bersahaja.

Keadaan menjadi sunyi kembali antara kami. Fikiran aku kembali jauh terbang melayang. Kali ini jauh terbang ke bumi London, teringatkan mama dan daddy. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan mereka sejak aku ke Kuala Lumpur bertemu keluarga satu lagi di sana.

"Berangan?", tegur Mateen. Aku mencebik. Habis berterbangan lamunan aku tadi. Kacaulah dia ni, duduk sajalah diam-diam dekat sebelah. Kalau buka mulut pun nanti menyakitkan hati saja.

"Mana ada!", dalih aku.

Mateen senyum sinis, "From your face, I tahu lah Lisa. Bukan I baru kenal you sehari dua. Dah bertahun. Perangai you tu memang tak berubah". Kata Mateen dalam tawa. Aku mencebik. Adalah tu modal dia nak sakat aku.

"So?", soal aku sinis. Tanda-tanda kata menyakitkan hati mula kedengaran membuatkan aku rasa malas untuk melayan perbualan Mateen ketika ini.

Lebih baik diam dari berkata-kata kan? Nanti boleh timbulkan pertengkaran. Aku sudah cukup bersabar kala ini dengan sikap Mateen. Kesabaran aku jangan diuji.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now