23 | Darul Salam

1.7K 61 4
                                    

Aku sedang bersiap untuk ke rumah anak yatim Darul Salam apabila mendapat berita mendukacitakan dari rumah anak yatim itu. Beberapa bangunan asrama yang menempatkan anak yatim hangus terbakar awal Subuh tadi. Nasib baik tiada kemalangan jiwa kerana ketika itu semua anak yatim berada di surau untuk solat Subuh berjemaah. Punca kebakaran masih belum dapat dikenalpasti.

Aku dijadualkan ke Darul Salam pada sebelah petang, tetapi sebaik menerima berita itu dari pengasas Darul Salam, aku terus meminta Samantha menemani aku ke sana. Aku mahu melihat sendiri kerosakan yang dialami oleh rumah anak yatim itu.

'Ya Allah, permudakanlah segala urusan di sana. Janganlah Kau berikan kesukaran kepada mereka. Amiinn'. Doaku dalam hati. Runtun jiwaku apabila melihat gambar-gambar bangunan asrama yang terbakar yang dihantar oleh pengasas Darul Salam melalui aplikasi WhatsApp. Hampir saja aku menitiskan airmata saat melihat gambar-gambar itu.

Ketibaa aku di Darul Salam disambut oleh isteri pengasasnya, Hajah Sharifah Aminah. Lembut orangnya. Kanak-kanak di Darul Salam memanggilnya dengan panggilan Ummi.

"Panggil Ummi je. Lagi mesra". Suara lembut Hajah Sharifah Aminah ini saja mampu menenangkan hati. Aku tersenyum senang mendengarnya.

"Panggil saya Lisa je, Ummi. Tak payah lah bercik-cik dengan saya", kata aku pula kerana seketika tadi Hajah Sharifah Aminah asyik memanggil aku dengan panggilan 'cik'. Hajah Sharifah Aminah hanya angguk dan membawa aku melihat kawasan blok bangunan asrama yang terbakar.

"Allahu..Sedih saya tengok. Kesian anak-anak", kataku dalam sendu. Sedih melihat bangunan asrama yang sudah hangus dijilat api. Api telah berjaya dipadamkan kira-kira dua jam yang lalu. Ketika ini, anak-anak Darul Salam sedang sibuk mencari barangan yang terselamat dari kebakaran itu. Tidak kurang juga ada yang menangis. Iya lah, kebanyakan dari mereka baru berusia enam atau tujuh tahun. Apalah yang mereka tahu.

"Itu lah Lisa. Ummi pun sedih. Sekelip mata Allah bagi ujian macam ni dekat kami. Anak-anak ni semua anak-anak kami. Sakit mereka, sakit juga kami. Sedih mereka, sedih jugalah kami", balas Ummi. Ada sendu di hujung katanya. Aku menghampiri seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk di wakaf depan bangunan asrama yang terbakar itu. Budak itu sedang menangis saat aku menghampirinya.

"Assalamualaikum adik", kataku lembut. Anak kecil itu mengesat airmatanya. Terhenjut-henjut bahunya menahan sedu sedan menangis. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Waalaikumsalam, kak", jawabnya dalam sedu. Hati aku terus tersentuh melihat airmata kanak-kanak ini lantas aku menariknya ke dalam pelukanku. Dia kembali menangis saat aku memeluknya.

"Semua dah habis. Arissa dah takda tempat tinggal", raung anak kecil yang menggelarkan dirinya Arissa itu. Tanpa disedari airmata aku juga turut gugur setelah sekian lama aku cuba untuk menahan airmata dari mengalir.  Segera aku menyeka airmata yang mengalir, tidak mahu menunjukkan kesedihan aku kepada kanak-kanak di sini.

"Arissa ye?", soalku lalu meleraikan pelukan. Arissa mengangguk laju sambil menyeka airmata yang laju mengalir di pipi tembamnya. "Arissa tahu tak maksud nama Arissa?", tanyaku lagi.

Arissa menggeleng. Aku bangun dari kerusi kemudian bertinggung di depan Arissa dan menggenggam jemari anak kecil ini. Dengan airmata yang masih bersisa di kelopak matanya, dia menatap wajah asing di depannya ini.

"Arissa bermaksud azam dan kuat. Jadi akak nak Arissa jadi seperti nama Arissa. Jadi seorang yang kuat. Jangan menangis. Dan Arissa perlu ada azam hadapi ujian Allah. Ingat, Allah uji kita sebab apa...?"

"Sebab Allah sayangkan kita", sambung Arissa. Tersenyum aku mendengar jawapannya. Lantas aku memeluk Arissa erat. Pelukan itu dibalas kejap oleh Arissa, seakan tidak mahu melepaskan. Lama kami berpelukan sehinggalah aku nampak kelibat Samantha dari jauh memandang ke arahku sambil tersenyum. Arissa meleraikan pelukan itu dan tersenyum manis memandangku. Tiada lagi airmata di pipi anak kecil ini. "Terima kasih, akak. Arissa janji akan jadi kuat!", katanya dengan penuh bersemangat kemudian berlalu pergi meninggalkan aku menuju ke kumpulan kawan-kawannya. Senyuman gembira kembali terukir di bibir anak kecil itu. 

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now