8 | Satu Kebenaran

2.1K 72 8
                                    

"AJ, you pernah dengar tak nama ni?", soal Mateen sambil menunjukkan senarai ahli panel persidangan antarabangsa mengenai isu pemanasan global dan pemuliharaan hutan yang akan diadakan di London. AJ mengambil helaian kertas yang dihulurkan Mateen. Berkerut dahinya membaca nama yang dikatakan Mateen itu.

"Raja Muizzudin Iskandar? Sounds familiar. Hurmm..", kata AJ. Otaknya ligat memikirkan tentang nama itu. Dia pernah dengar sebelum ini tapi tidak dapat dipastikan di mana dan bagaimana orangnya. Mungkin juga Mateen pernah berjuma dengan lelaki ini.

Tapi bila?

Mateen dan AJ saling berpandangan. Wajah mereka berkerut cuba mengingatkan sesuatu. AJ petik jari beberapa kali, seoalah-olah sudah ingat sesuatu mengenai nama itu.

"Lisa's father!", kata mereka serentak.
"Yes, Elise's father. I remember now. Raja Nurul Elisa binti Raja Muizzudin Iskandar. How can I forget her", kata Mateen.

Sudah dua tahun Elisa pergi meninggalkannya. Sedikit pun dia tidak pernah lupa tentang gadis itu. Gadis yang membuatkan dia rasa benci dan rindu. Dua perasaan ini yang dari dulu menemani ruang hatinya.

"He is one of the panel?", tanya AJ sambil meneliti kertas yang masih di tangannya. Kemudian dia angguk. Mateen juga angguk. Persidangan itu akan diadakan di London minggu depan. Dia akan ke sana mewakili paduka ayahandanya. Acara tahunan ini selalunya dihadiri sendiri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah namun kerana tanggungjawabnya terhadap negara, baginda meminta Mateen mewakilinya ke persidangan itu sebagai tetamu kehormat.

"Do you think he know where his daughter is?", soal AJ. Mateen diam dan berfikir. Elisa pernah bercerita mengenai ayah kandungnya dulu dan seingat dia, Elisa tidak pernah bertemu dengan ayah kandungnya.
"Nah, I don't think so. Lisa pernah bagitau I yang dia tak pernah jumpa her biological father. So I don't think he also know about his daughter", balas Mateen. AJ ukir senyum.

"Why don't you meet him at the conference? Maybe you can get something? He is the only chance now. Mana tahu within these few years dia ada jumpa ayah kandung dia? You know, she is a girl. Kalau nak kahwin kena ada wali. And who knows now dia dah nak kahwin ke...?", ujar AJ panjang lebar. Berubah raut wajah Mateen mendengar perkataan 'kahwin' itu.
"Hurm.. hard to say but I will try to talk to him. Maybe he know something", balas Mateen. "By the way, we straight away go to KL from London?", soal Mateen.

AJ menggeleng dan menjawab, "Nope. Kita akan balik sini dulu then pergi KL with the team. A day after", balas AJ.
"This must be tiring", keluh Mateen.

Perjalanan dari London ke Brunei saja sudah mengambil masa berbelas jam kemudian belum sempat berehat sudah ke Kuala Lumpur pula bagi mewakili Brunei di Sukan SEA dalam acara Polo. Langsung tak sempat berehat. Beberapa bulan ini saja sudah banyak tournament Polo yang disertainya. Jadualnya kini semakin sibuk sehinggakan AJ terkejar-kejar untuk aturkan semua.

"Yup. Tapi you ada masa nanti before the games start. Don't worry on that. I dah arrange cantik-cantik schedule you", kata AJ. Menguruskan lelaki ini bertahun lamanya, dia sudah biasa. Segala tentang Mateen ada dalam fikirannya. Senang dia aturkan semuanya. Apa yang Mateen suka, apa yang Mateen tidak suka, semuanya ada dalam kepala otaknya.

"I think I need to hire another PA. Kesian dekat you, kerja you dah makin banyak. My personal things lagi. You pun tak banyak spend time with your family", kata Mateen perlahan. AJ angkat muka dan memandang lelaki di depannya ini. Tidak dinafikan kerjanya semakin banyak sekarang lebih-lebih lagi apabila Mateen sudah mula membuat kerja berkaitan dengan hal ehwal luar negara. AJ juga sedar masanya tidak banyak dihabiskan di rumah bersama isteri dan anak, Alana.

"I'm okay with that. I dah biasa dengan you. Kalau you hire new PA, nak kena ajar dia lagi. Plus, nak kena cari yang betul-betul layak. You know, all those security all that", balas AJ. Teliti Mateen mendengar kata balas AJ itu. Dia tahu bukan senang untuk ambil seorang pembantu peribadi. Perlu jalani ujian dan segala macam peperiksaan untuk lulus dan diterima. Kerahsiaan itu yang penting.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now