49 | The Ninety Days

2.9K 81 23
                                    

Selepas Subuh aku terus bersedia untuk didandan oleh jurusolek istana dan Datuk Bernard Chandran.

Busananya untuk Istiadat Bersanding direka khas oleh Datuk Bernard Chandran dengan menggunakan kain tradisi masyarakat Brunei. Pereka ini juga telah banyak kali menghasilkan busana pengantin diraja Brunei sejak dulu lagi.

Cumanya aku agak pelik kerana setahu aku, tenunan kain tradisi ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan, tetapi untuk istiadat perkahwinan ini, semua itu sudah tersedia. Atau mungkin juga ia sudah tersedia untuk mana-mana pasangan pengantin diraja.

Who knows.

Selepas majlis akad nikah tiga hari lalu, aku hanya berada di dalam Istana Nurul Iman. Menyertai aktiviti-aktiviti keagamaan yang diadakan di istana.

Sudah tiga hari juga aku tidak bersua muka dengan Mateen. Ada jugalah beberapa kali aku nampak kelibat dia di surau istana, bersama Syed Mokhtar. Mengaji mungkin.

Aku tidak sangka Mateen mengambil serius tentang permintaan mahar itu sehingga sanggup terbangkan Syed Mokhtar dari Malaysia semata-mata untuk dengarkan dia mengalunkan ayat-ayat suci dari kalam Allah itu.

Mungkin juga Mateen rasa tercabar dengan permintaan aku. Bukan aku tidak kenal Mateen, pantang dicabar.

Aku hanya membiarkan diriku ditatarias jurusolek istana. Tak payah cakap banyak, mereka tahu apa yang mahu dibuat dengan muka aku. Solekan pagi itu juga tidak begitu tebal. Kalau tebal sangat, tak terserlah kecantikan sebenar aku. Bak kata jurusolek. aku iyakan saja.

Datuk Bernard Chandran tersenyum melihat aku yang sudah lengkap memakai busana rekaannya. Kain songket tenunan tangan berwarna kuning cair, sesuai dengan istiadat perkahwinan diraja ini.

"Perfect! You look so beautiful", pujinya. Aku rasa merona merah pipiku apabila dipuji begitu.

Jurusolek datang sekali lagi membawa barangan kemas untuk aku pakai. Mahkota dan rantai yang berhias berlian dan batu permata.

Aku terkesima melihat set barangan kemas itu. Pinjaman dari Raja Isteri. Set barangan kemas yang sama pernah dipakai birasku, Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah semasa istiadat persandingannya dulu.

Batu zamrud berwarna hijau di mahkota diraja dan rantai leher yang aku pakai ini menambahkan seri pada diriku. Dengan baju songket berwarna kuning cair, terasa sesuai sekali padanannya.

Untuk sekali ni je, Lisa. Untunglah kau bersuamikan putera raja. Bukan selalu badan kau penuh dengan emas macam ni.

Tapi untungkah aku? Bertuahkah aku menjadi isteri Mateen? Tak! Aku tak pernah rasa bertuah. Ini bukan kehidupan yang aku nak!

Kalau tempat aku ini boleh ditukar ganti, aku sanggup tinggalkan tempat ini untuk digantikan dengan orang lain!

Lama aku bermonolog saat jurusolek dan Datuk Bernard Chandran tidak habis-habis lagi menatarias diriku.

Aku tersedar dari lamunan apabila Datuk Bernard Chandran menepuk lembut bahuku.

"It's time to go", bisiknya sopan dan lembut. Senang bekerja dengan pereka ini. Pasti aku akan menggunakan khidmatnya lagi selepas ini.

Sufi sudah sedia menanti di muka pintu kamar beraduku untuk mengiringi aku ke lobi istana. Nafas aku tarik dalam, mencari semangat untuk aku tempuh majlis pagi ini.

'It's showtime! Tunjukkan muka kau yang paling manis sekali, Lisa', bisikku dalam hati.

*

Aku menanti penuh debar di luar Balai Singgahsana Indera Buana, menunggu masa untuk masuk ke dalam balai singgahsana itu. Entah kenapa kali ini, lain pula rasanya. 

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now