11 | The Bodyguard

2K 68 0
                                    

"Congratulation, bro. Susah nak kalahkan team yang ada international player macam kau", ucap Mateen. Eddie ketawa mendengar ucapan dan kata-kata itu.
"Thanks. Kau pun boleh tahan. Sengit sangat tadi", balas Eddie. Saingan awal perlawanan Polo di Sukan SEA ini memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah, Malaysia yang mengalahkan pasukan Polo Brunei dengan skor 12-4 walaupun pasukan Brunei memberikan tentangan hebat pada awalnya.

Mateen berjalan beriringan dengan Eddie menuju ke khemah khas pasukan masing-masing di tepi padang.
"Ed, aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku tak ada niat nak cakap macam tu dekat Elise", ucap Mateen. Mereka memilih untuk berjalan berdua di belakang ahli pasukan masing-masing. Sengaja Mateen mencari ruang privasi untuk bercakap dengan Eddie.
"Elise?", soal Eddie.
Mateen membetulkan, "I mean, Lisa".
"Oh.. so both of you really know each other?", tanya Eddie ingin tahu. Mateen garu kepala yang tidak gatal. Perlukah dia memberitahu Eddie tentang hubungan dia dan Elisa?
"Yup. Dah lama aku cari dia. Tak sangka dia adik kau", balas Mateen.

Eddie ketawa, "Baru jumpa few weeks ago. Aku sendiri tak sangka aku ada adik seibu sebapa".
"She told me before yang dia tak pernah jumpa her biological father. So now dah jumpa lah?", soal Mateen. Eddie angguk laju. "Rasa macam kecil sangat dunia ni. Aku jumpa kau last year and Uncle Muiz last month dekat London. Tapi aku tak jumpa Lisa", kata Mateen dalam tawa yang dibuat-buat. Tidak mahu menampakkan ketegangan keadaan itu. Memikirkan Elisa, dia menjadi sakit hati tetapi Mateen tahu dia perlu kawal perasaan itu di depan Eddie.

"Aku nak tanya something boleh?", pinta Eddie. Mateen pandang Eddie yang berjalan di sebelahnya dan angguk. Perkenankan permintaan Eddie itu. "Apa masalah kau dengan Lisa? Something happened in the past? You know, that night I was too worried. She non stop crying from the restaurant until we're reached home. And I bet she continue crying all night", kata Eddie panjang lebar. Dia memeriksa keadaan Elisa pagi itu dan dia dapat menduga yang Elisa pasti menangis sepanjang malam. Mata bengkas, hidung merah dan keadaan lesu tidak bermaya. Pasti sudah habis seluruh tenaga gadis itu.

Mateen terdiam mendengar kata-kata Eddie. Timbul rasa kesal dalam hatinya. Sudah tentu Elisa menangis kerana terguris dengan tutur katanya yang kasar malam itu. 'Kenapalah aku kejam sangat sedangkan aku gembira dapat bertemu dengannya semula'. Marah Mateen dalam hati.
"There's something that I can't tell anyone. But I want to settle this issue with her. If you allowed me, I want to meet her and discuss", jawab Mateen tenang. Kisah antara dia dan Elisa buat masa ini biarlah hanya orang tertentu saja yang tahu. Eddie menepuk bahu Mateen perlahan.
"It's up to you, bro. Aku bukan sesiapa nak halang kau jumpa dia. But I hope whatever it is, please settle elok-elok", pesan Eddie. Mateen angguk dan senyum.

Kebenaran dari Eddie itu saja cukup membuatkan Mateen lega. Mungkin Eddie menganggapnya seorang yang teruk, tidak menghormati gadis seperti Elisa. Tetapi dia ada alasannya sendiri. Satu perasaan yang sudah lama dia simpan dan pendam.

Dan janjinya, dia tidak akan lepaskan Elisa kali ini. Tidak untuk kali kedua.

***

Aku silang tangan ke dada. Sebal melihat lelaki di depanku ini. Hampir sebulan aku di Kuala Lumpur, ini kali pertama aku bertemu dengannya. Sudahlah tempoh hari tidak datang bertemu aku sedangkan dia yang merancang. Hari ini langsung dia permohonan maaf darinya.

"Seriously, Qal?", tanya aku. Sakit hati dengan sikap acuh tidak acuh Haiqal kala ini. Haiqal angkat muka memandang aku yang sudah masam mencuka.
"Just give me one minute. I need to settle this", ujar Haiqal sambil menaip sesuatu di iPadnya. Aku mendengus kasar, menunjukkan tanda protes. Haiqal pandang aku sekali lagi dan kemudian cepat menutup iPadnya.
"Okay, okay. Sorry", ucap Haiqal. Dia meletakkan iPad di atas meja lalu memandang tepat kepadaku. "I'm sorry sebab tak datang hari tu. You know, client. Bila dah cakap, tak nak berhenti", Haiqal mula memberikan alasan.
Aku mencebik, "You sepatutnya dah boleh agak. Bukan first time you meeting dengan client. You tahu tak I malu dengan abang I? You gave him bad impression", bebel aku. Walaupun Eddie tidak pernah cakap apa-apa mengenai Haiqal, tetapi aku tidak mahu Eddie bersangka buruk dengan Haiqal.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now