10 | Sumpahan Cinta

2K 69 7
                                    

Suasana di Thirty8 Restaurant, Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur ini kelihatan tenang. Aku dah boleh menduga citarasa Haiqal. Restoran mewah, tempat makan yang eksklusif selalu menjadi pilihan dia. Tidak kira semasa di luar atau di dalam negara. Hampir dua tahun mengenali lelaki ini, cukup aku kenal dengan citarasa dia.

Aku puji citarasa Haiqal. Dia tahu apa yang terbaik untuk dia baik dari segi penampilan, lifestyle mahupun makanan. Citarasa dia terhadap makanan memang tinggi. Kadang-kadang aku yang meminta dia untuk lebih bersederhana kerana aku lebih selesa jika bersederhana saja.

"Boleh tahan taste you. Dinner dekat five star hotel", ujar Eddie sinis sebaik sahaja kami tiba di lobi hotel. Kunci kereta diserahkan kepada jockey yang berada di situ. Aku mencebik kepada Eddie. Baru tak sampai sebulan kenal aku, asyik nak menyakat aku saja kerjanya.
"Not me. Him. Kalau I, makan dekat tepi jalan je layak untuk you..", balas aku kembali. Jangan ingat dia boleh senang-senang buli aku. Terburai tawa Eddie mendengar kata balas aku. Dia perlu tahu women is always right!

Langkah membawa kami ke tingkat 38 hotel yang menempatkan restoran itu. Kedatangan kami disapa pelayan restoran. Aku menanyakan tentang tempahan meja yang dibuat Haiqal siang tadi. Haiqal yang meminta aku berjumpanya di sini terus kerana dia menghadiri mesyuarat di kawasan sekitar. Daripada dia berulang alik ke Bukit Antarabangsa untuk mengambil aku, lebih baik berjumpa di sini terus. Lagipun aku datang bersama Eddie. Dia yang memandu ke sini tadi.

"This way, ma'am, sir", kata pelayan itu seraya membawa kami ke meja yang telah ditempah. Aku melewati sebaris meja panjang yang tertera tulisan "reserved" di atas meja itu. Boleh memuatkan lebih kurang 20 orang untuk meja panjang itu. Seronoknya makan beramai-ramai macam ni. Sudah lama aku tidak merasai keseronokan makan beramai-ramai. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kehidupan sendiri yang selalu berseorangan.

Telefon aku berbunyi ketika aku sedang asyik berbual dengan Eddie. Nampaknya Haiqal lewat lagi. Untuk rekod, ini bukan pertama kali dia lewat apabila kami berjanji temu. Ini kerap berlaku apabila dia ke London atas urusan kerja dan aku sudah masak sangat dengan kelewatannya itu. Mujur ada Eddie, boleh juga kami berbual panjang memandangkan siang tadi tidak sempat menghabiskan masa dengan dia.

"Dia memang selalu lambat macam ni ke?". Soal Eddie sambil memandang jam di tangan kirinya. Mujur esok tiada latihan kerana acara pembukaan Sukan SEA pada sebelah malamnya. Dan selepas itu bermulalah pertandingan untuk merebut pingat emas untuk semua acara sukan yang dipertandingkan.
"Yerp. And I'm used to it..", jawab aku sambil tangan memegang gelas air kosong yang memang disediakan di atas meja. "Why don't we order first?", cadang aku. Agak lapar juga ketika ini. Sesekali terdengar gelak tawa dari meja panjang di hujung sana. Seronok nampaknya makan beramai-ramai. Eddie setuju dengan cadangan aku itu. Mungkin juga dia lapar sama seperti aku.

'I am really sorry, sayang. Cannot make it. They drag the meeting until now...'

Aku mengeluh berat selepas membaca mesej itu. Aku meletakkan telefon di atas meja dan berpeluk tubuh. Marah. Geram. Semua ada. Memang dia selalu lambat, tapi dia tidak pernah tak datang. Eddie yang dari tadi sibuk dengan telefonnya terus memandang aku.

"What's up?". Soal dia pelik.
"Let's just eat and go back", jawab aku. Eddie jungkit bahu dan hanya menurut. Tidak mahu banyak bertanya. Mungkin dia sedar perubahan mood aku malam ini.

Kami baru saja habis makan saat aku mendengar suara dari belakang aku memanggil nama Eddie. Eddie mengangkat tangan dan tersenyum lebar. Terasa susuk tubuh yang memanggil Eddie tadi semakin menghampiri.

"Hey..Long time no see you!", sapa lelaki itu. Garau dan dalam suaranya. Eddie bangun untuk bersalaman dan memeluk susuk tubuh lelaki yang memakai t-shirt hitam dan berseluar khaki pendek paras lutut serta bertopi.
"Yea. Yet to see you since you were here", balas Eddie semula. Kawan lama, mungkin! Aku tidak menghiraukan drama jejak kasih Eddie dengan kawannya itu.
"Having a date huh?", soal lelaki itu. Sangat jelas di pendengaran aku yang belum pekak ni. Aku mencebik.
'Ya..ya! Date dengan abang sendiri', getus aku dalam hati. Hati masih sakit dengan Haiqal yang tidak muncul. Aku memandang sekilas tetapi lelaki ini sedikit ke depan, menampakkan belakangnya sahaja.
"Nah..she is my sister. Lisa", jawab Eddie sambil tunjuk ke arah aku. Aku bangun, sekadar berbahasa. Lelaki itu berpaling dan memandang aku. Mata kami bertemu.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now