58 | Imbas Kembali

3.7K 84 11
                                    

Mataku tertancap pada satu kotak berwarna coklat di dalam almari bajuku. Saja aku mengemas bilikku ini setelah lama ditinggalkan. Manalah tahu kalau-kalau Mateen datang nanti, boleh juga dia bermalam di sini.

Aku masih berharap Mateen datang memujukku. Aku benci tapi aku juga sayangkan Mateen, sayangkan hubungan ini. Aku rindu tapi aku juga ego. Kali ini aku tidak mahu mengalah. Aku tetap mahu Mateen yang datang memujuk rayu.

Aku menarik keluar kotak itu dari dalam almari lalu membawanya ke hujung katil. Sudah lama kotak itu tersimpan rapi di dalam almari. Sejak keluargaku berpindah ke South Bank dan aku terus menghilangkan diri dari Mateen, kotak ini kekal di dalam almari.

Dadaku berombak sayu melihat isi kotak ini. Gambar-gambar kenangan aku dan Mateen di London dan New York lama dulu. Tanpa aku sedari, airmataku laju mengalir membasahi pipi. Aku tatap gambar itu satu persatu.

Allahu! Rindunya aku pada kenangan ini semua. Memori ketika kami sedang bahagia menyulam cinta. Berjauhan dengan Mateen ketika ini menambah lagi rasa rindu itu.

Gambar di Empire State Building aku renung lama. Di tempat itu Mateen berjanji bahawa tiada orang lain yang boleh gantikan tempat aku di hatinya. Gambar yang sama juga yang Mateen muatnaik di akaun instagramnya lebih setahun lalu semasa mengeluarkan kenyataan mengenai gosip hebat yang melanda kami. Gosip yang membawa kepada perkahwinan ini.

"Akak?"

Sapaan dari luar bilik membuatkan aku cepat-cepat menyimpan semula gambar itu. Airmata yang sedari tadi laju mengalir diseka. Aku memandang ke ambang pintu, terlihat susuk tubuh adik tiriku, Alina

"Boleh Ally masuk?", tanya Alina meminta keizinan. Aku mengukir senyum dan angguk tanda membenarkan. Alina datang menghampiriku yang duduk di hujung katil. Matanya tertumpu pada tulisan di tepi kotak. 

"Matt and Elise". Alina membaca tulisan pada kotak warna coklat di sisiku ini. Dia tersenyum hambar. Pasti Alina dapat menduga isi kandungan kotak ini.

"Bila Ally sampai ni?"
"Baru je ni. Akak sihat?"

Aku senyum nipis dan hanya angguk perlahan untuk menjawab soalan Alina itu. Aku tidaklah begitu sihat kebelakangan ini, selalu saja sakit kepala. Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang keadaan diriku. Memikirkan itu, aku terus menjadi sendu. Dalam keadaan aku yang begini, aku amat perlukan Mateen di sisi.

Tapi lelaki itu...

"Akak rindu suami akak", luahku perlahan namun aku yakin Alina mendengarnya. Suaraku mula bergetar, dadaku berombak sayu dan airmataku mula memenuhi kelopak mata. Aku tahu Alina masih keliru dengan keadaanku. Aku yang meminta Alina datang ke sini menemaniku. Oleh kerana kami sudah lama tidak bertemu, Alina bersetuju untuk datang ke London.

Alina menarik aku ke dalam pelukannya apabila melihat matanya mula mengalirkan airmata. Tangisanku menjadi semakin kuat.
"Akak rindu suami akak yang dulu. Tapi dia dah tak macam dulu. Dia dah berubah, Ally. Dia tak hiraukan akak langsung!", luahku dengan iringan airmata.

Terbayang semua sikap dingin Mateen. Betapa hatiku terasa sakit apabila diabaikan suami sendiri. Betapa kecewanya aku melihat suami yang aku rindu bermesra dengan perempuan lain.

Alina cuba menenangkan aku kala ini. Diusapnya belakang aku perlahan. Apalah gadis semuda Alina tahu tentang perkahwinan dan masalah suami isteri? Tapi aku tidak tahu mengapa aku perlukan Alina ketika ini. Mungkin juga kerana aku mahukan seseorang yang boleh bersikap adil dan tidak terlalu memaksa seperti Mariah.

"Kalau akak rindu abang, kenapa akak tak balik? Cerita dengan Ally, apa abang dah buat sampai akak lari balik sini?", lembut saja tutur kata Alina. Orangnya masih muda, tapi fikirannya matang. Entah kenapa jika aku ada masalah, selalu saja aku mencari Alina. Seolah-olah hanya Alina yang faham tentang diriku. Dan Alina juga selalu saja berkongsi masalahnya denganku walaupun kami baru saling mengenali.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now