20 | Berbagi Sayang

2K 70 11
                                    

Dubai, UAE 🇦🇪

Bagai nak luruh jantung aku ni saat kaki jejak ke tanah. Dari jauh aku nampak Mateen tak henti-henti ketawakan aku. Kurang asam! Dia ketawakan aku sebab dari mula terjun tadi, aku tak berhenti menjerit. Takut kot! Aku memang gayat dengan ketinggian. Nasib aku tak pengsan waktu terjun tadi. Adoi! Tapi kalau tengok balik video tu, mesti kelakar. Aku tepuk dahi. Kenapalah aku boleh lupa dia orang rakam video.

"Again?", soalnya saat menghampiri aku yang sedang menanggalkan segala kelengkapan terjun tadi. Membuntang mata aku tengok dia. Nak kenakan aku lah tu.

"No way! You bagi I sejuta pun I takkan buat lagi okay!", balas aku.

Gila aku nak buat lagi sekali. Ini pun aku rasa jantung aku dah tertinggal dekat atas tadi. Berdebarnya hanya tuhan yang tahu. Sampai sekarang tak habis lagi berdebar ni. Seram sejuk aku dibuatnya.

Mateen masih lagi tidak habis ketawa. Melampaulah dia ni ketawakan aku banyak kali. Tadi Mateen terjun dulu, kemudian aku diikuti Samantha dan yang terakhir AJ. Aku pasti ini bukan pengalaman pertama mereka sebab nampak macam dah biasa. Macam pro! Mateen saja sudah banyak kali. Aku saja lah yang terketar-ketar saat naik tadi. Memang sah lah dia orang nampak aku jerit macam orang gila. Aku jeling AJ dan Samantha. Eh! Dia orang pun ketawakan aku juga. Tak boleh jadi ni.

"But it was so funny", sambung Mateen. Aku mendengus geram. Ya ya ya.. ketawalah puas-puas. Muka aku dah masam mencuka. Malas nak layan. Biarkan dia gembira dekat situ jadikan aku bahan jenaka dia.

Aku berlalu meninggalkan Mateen yang masih ketawa dan menuju ke tempat Samantha dan AJ duduk. Tiba-tiba kepala aku rasa berat dan aku pening, rasa macam nak pitam. Jalan pun dah tak betul, terhuyung-hayang. Sesaat lepas itu, aku rasa badan aku rebah ke tanah.

"Allahuakbar! Elise!"

Aku dengar jeritan itu. Dari mata yang semakin kabur, aku nampak wajah cemas Mateen berlari ke arah aku. Terasa dia meletakkan lengan sasanya di belakang leher aku, cuba untuk tinggikan kepala aku sedikit. Aku dengar AJ dan Samantha juga menjerit nama aku.

"Bring the water!", laung Mateen entah pada siapa. Keadaan ketika ini menjadi cemas. Aku terasa angin yang kuat, seolah ada orang sedang kipas ke arah aku. Sedapnya saat tengah panas ni. "Are you okay, Elise...?". Aku dengar Mateen tanya. Dengan penuh cermat, dia sapukan sedikit air ke muka aku. Ya tuhan, sudah lama aku tidak mendengar dia memanggil aku dengan nama itu. Nama yang Mateen berikan dan hanya dia yang memanggil aku dengan nama itu.

Tiada orang lain. Aku Elise dan dia, Matt.

"I..I'm not okay", jawabku lemah. Dia merangkul pinggang aku. Ditariknya aku rapat ke badannya. Jelas aku nampak raut wajah dia yang cemas. Betul ke dia kisahkan aku? Dari raut wajah dia, aku tahu dia cemas. Tapi mungkin juga itu reaksi spontan. Ye lah, dah aku jatuh nak pengsan. Sesiapa pun akan cemas. Aku pejamkan mata. Mahu menikmati momen itu untuk seketika.

"Elise?"

"Elise..". Terasa bahu aku digerakkan berkali-kali namun aku hanya diam membatu.

"We should take her to the hospital...", sayup-sayup aku dengar suara AJ memberi cadangan.

Aku membuka mata, separuh.
"No! We should go to the nearest cafe!", ujarku. Tersengih aku memandang ketiga-tiga orang yang cemas ini. Berubah raut wajah Mateen melihat aku yang tiba-tiba bersemangat. Serta merta terburai tawa yang aku tahan dari tadi. Mateen terus menolak aku dari pelukan dia.
"Gotcha!", kataku sambil kenyit mata dekat Mateen.

Love You, My PrinceOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz