12 | Travel With Strangers

2.1K 72 5
                                    

Keadaan riuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu langsung tidak aku hiraukan. Mata aku dari tadi asyik merenung seorang wanita yang duduk di depan aku. Sesekali apabila dia memandang, cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain. Tidak puas hati pula aku dengan dia. 

Kenapa dia kena ikut aku?

Pengembaraan aku kali ini disertai Raja Amirul Adhwa a.k.a Eddie dan Sam atau nama sebenarnya Samantha. Wanita berbangsa Cina dari Brunei. Dari segi perwatakan, aku dapat rasa dia seorang yang tegas. Tidak pernah nampak dia senyum sejak kali pertama aku berjumpa dengannya tempoh hari.

Semasa aku bertemu AJ sehari sebelum malam majlis penutup Sukan SEA tempoh hari, dia dah bagitau aku yang Samantha akan ikut ke mana saja aku pergi sementara dia menyiasat tentang Kamal, lelaki yang ugut aku dua tahun lalu.

"Is this necessary?", soal aku sewaktu AJ memperkenalkan Samantha tempoh hari.
AJ angguk. "Yes. Sementara I siasat tentang Kamal. For your info, Kamal dah lama berhenti dari jadi bodyguard tuanku sultan. Since he resigned, we don't know where he stay. He vanished just like that. So nak cari dia akan ambil masa", jelas AJ panjang lebar.

"Okay, I faham Mateen tak percayakan I. Tapi perlu ke sampai upah orang untuk follow I? I can give you my travel schedule if you want. And of course I tak akan melencong ke tempat lain sebab its already fixed for one year", kata aku panjang lebar. Jadual perjalanan aku sudah ditetapkan selama setahun ini. Aku tidak boleh menukar haluan perjalanan aku secara tiba-tiba. Itu antara syarat yang terkandung dalam kontral aku bersama tipTravel.

AJ memandang aku lama. Mungkin sebal hatinya dengan jawapan balas aku tadi. Tapi aku nak peduli apa. Aku tak suka dikawal sebegini sebab aku rimas!

"How if we can't find him? Selama mana Sam perlu ikut I?", soal aku lagi dalam nada tidak puas hati. Katakanlah sampai 10 tahun Kamal tidak ditemui, takkan Samantha perlu ikut aku selama itu? Aku pun ada kehidupan aku sendiri, begitu juga dia. Sedangkan aku pun mereka gagal cari, inikan pula orang seperti Kamal. Jika Kamal diupah seseorang, sudah tentu dia tahu mana nak sembunyikan diri.

"Let's pray that we find him ASAP!", kata AJ lantang. Aku tahu pasti dia juga mahu masalah ini selesai dengan cepat. Sejak dulu lagi, AJ yang banyak selesaikan masalah Mateen. Sisi lain Mateen yang aku tahu, dia seorang yang sangat degil. Jikalau dia mahukan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat walaupun perkara itu akan memudaratkan dirinya sendiri.

"Are you okay, Lisa?", teguran Eddie mematikan lamunan aku. Mungkin sudah lama dia perhatikan aku termenung dan hanya mendiamkan diri. Selalu aku banyak cakap dengan Eddie. Ada sahaja benda yang kami nak bualkan. Tetapi sejak kami tiba di KLIA tadi, aku hanya mendiamkan diri.

"Ha? I-I'm okay", jawab aku tergagap-gagap. Eddie merenung aku dengan penuh tanda tanya.
"About Haiqal or Mateen?", soal Eddie selamba. Sesak dada aku mendengar nama dua orang lelaki ini.

Balik dari stadium tempoh hari, Alina pula tidak habis-habis menyoal siasat aku. Sakit kepala aku nak menjawab semua soalan dia. Lebih-lebih lagi bila dia tunjukkan gambar kami bertiga di mana Mateen memeluk erat bahu aku. Sampai ke pagi Alina tidak bagi aku tidur semata-mata dia nak tahu hubungan aku dengan Mateen.

Penyudahnya aku mengakulah yang aku memang kenal Mateen tapi sudah lama tidak berjumpa dan kami terputus hubungan. Bercerita mengenai Mateen, aku terpaksa menipu. Cukuplah aku menjawab soalan Alina semata-mata untuk memuaskan hati dia. Tapi aku berpesan kepada Alina supaya tidak memuatnaik gambar kami bertiga di sosial media dengan alasan aku tak mahu peminat Mateen atau media membuat spekulasi mengenai gambar itu kerana dalam gambar itu, kelihatan aku dan Mateen sangat mesra. Cukuplah dengan segala gosip liar yang dia ada sekarang. Tidak perlu masukkan aku dalam senarai girlfriend sementara dia.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now