27 | Rasa Yang Sementara

1.6K 60 1
                                    

Senyuman tidak lekang dari bibirku. Sesekali aku mencium jambangan bunga yang sedari tadi berada dalam dakapanku. Jambangan bunga yang semestinya menjadi sesuatu yang aku tunggu setiap kali tibanya hari lahirku dari lelaki yang aku cinta, si tunang ku Haiqal Daniel.

Dengan hati senang aku melangkah satu demi satu anak tangga istana untuk menuju ke bilik aku. Hati masih berbunga riang. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Akibat ralit sangat berbual dengan Haiqal tadi, aku tidak sedar masa berlalu. Memandangkan esok Haiqal akan pulang ke Jakarta dengan penerbangan awal pagi, maka aku mengambil peluang malam ini untuk meluangkan masa lebih lama dengan Haiqal.

Langkah kakiku terhenti di anak tangga terakhir saat aku terlihat satu susuk tubuh berdiri di sebelah pintu bilik aku. Dalam keadaan kesamaran lampu chandelier yang malap, aku tidak dapat mengenalpasti susuk tubuh itu. Agak tinggi dan serba hitam. Susuk tubuh yang hanya menunduk itu tidak dapat dipastikan wajahnya. Aku telan air liur, rasa sukat untuk ditelan. Perasaan takut menyelubungi diriku.

Itu orang atau....? Ah.. baik aku lari dulu!

Aku terus berpaling dan sudah mahu melangkah kaki menuruni anak tangga semula untuk ke bilik Samantha. Namun langkah kakimu terhenti saat susuk tubuh itu bersuara.

"Where have you been?!", keras dan kuat suaranya. Soalan dari suara garau itu sudah cukup membuat aku kenal gerangan susuk tubuh tadi.

Mateen! Tapi bukan dia dekat London ke? Takkan jelmaan dia?

Perasan takut tadi semakin menjadi-jadi tapi aku menjadi kaku di situ. Terasa susuk tubuh lelaki itu semakin menghampiri. Ketika aku sudah nampak bayang-bayangnya, terus aku pejam mata.

Takut! Memang aku tengah takut sekarang. Menggigil seluruh badanku. Aku rasa susuk tubuh itu semakin menghampiri dan tiba-tiba pergelangan tanganku digenggam kuat.

Aku terkejut dengan perbuatan itu lalu menjerit kesakitan, "Sakitlah!"
Dengan tenaga yang aku ada, aku rentap tangan aku namun tangan lelaki itu lebih kuat menggenggam. Hampir saja jambangan bunga di tangan aku terlepas.

"Ni yang you buat sepanjang I takda?!", bentak Mateen. Matanya tepat memandang aku. Jelas, amarah dalam matanya. Aku merengus kasar lalu merentap sekali lagi tangan aku dan kali ini genggaman tangan Mateen terlepas jua. Tanpa pedulikan soalan Mateen tadi, aku terus melangkah laju melepasinya menuju ke bilikku.

"Elisa! I'm not done talking to you!", jeritan Mateen memecah keheningan awal pagi itu. Langkahku terhenti di depan pintu bilik. Terasa bingit telinga aku mendengar jeritan Mateen itu. Risau juga jika ada penghuni lain istana terjaga dari tidur akibat jeritan itu.
"What do you want?!", soalku kasar. Dadaku berombak kencang, geram dan juga sakit hati dengan sikap Mateen. Sakit di tangan akibat cengkaman tangan Mateen tadi semakin terasa.

Mateen meluru ke arah aku lalu menarik kasar tangan aku, membawa aku menuruni anak tangga dengan laju. Akibat badan aku terdorong ke depan dengan pantas, jambangan bunga ros dalam dakapan aku jatuh di tangga. Aku hanya mampu melihat janbangan bunga itu jatuh bergolek sehingga ke anak tangga terakhir.

Aku menjadi kaget. Mulutku bagai terkunci. Terkejut dengan sikap gila Mateen kali ini. Mateen tidak pernah sekasar ini. Beberapa kali aku cuba melepaskan cengkaman tangan Mateen namun hampa. Aku bagai diseret untuk mengikut langkah laju lelaki ini.

Mateen melepas kasar tangan aku, menolak aku ke satu sudut membuatkan aku hilang pertimbangan, hampir saja aku jatuh tersungkur. Muka aku berkerut merenung Mateen dan renungan aku dibalas dengan renungan mata helang Mateen yang sedang marah itu.

"Apa you ni? Dah gila ke?!", soal aku kasar. Aku menggosok tangan yang terasa sakit. Begitu kuat genggaman Mateen tadi.
"Who allowed you to bring your fiance here?! Ke hulu ke hilir dengan dia. And now, dah pukul 1 pagi baru nak balik?!", soal Mateen kasar. Aku mendengus kasar, sakit hati dengan soalan Mateen itu. Apa hak dia nak marah aku jumpa Haiqal?

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now