57 | Lara Hati

3.1K 82 31
                                    

Mateen bangun perlahan apabila mendengar ketukan di pintu bilik. Kepala yang sakit dirasakan bertambah berat. Sudah dua hari dia tidak sihat dan tidak turut serta dalam tournament itu. Tadi dia sudah ke sana, tapi badannya menjadi semakin lemah dan doktor menasihatkan Mateen untuk berehat di villa saja.

Pintu di buka perlahan. Berdiri tegak seorang gadis berambut panjang, tersenyum manis melihatnya. Mateen bersandar separuh badan pada pintu.

"Yes, Icha? What's up?", tanya Mateen perlahan.
"You okay tak ni?", tanya Anisha cemas. Semalam Mateen masih sihat, tapi hari ini kesihatan lelaki ini semakin merosot. Mungkin faktor cuaca yang panas dan Mateen juga kurang rehat sejak mereka berada di Dubai. Masa terluangnya banyak dihabiskan di depan laptop dan beberapa fail tentang projek ASEAN itu.

"Not really. Hari ni makin teruk pula", lemah saja jawapan Mateen. Dia membuka pintu lebih luas bagi memberi ruang untuk Anisha melangkah masuk. "Ada apa nak jumpa I?", tanya Mateen. Langkahnya longlai menuju ke balkoni. Anisha mengekori dari belakang.
"Just nak inform you that I'm leaving tonight. I'm going to London first then New York", jawab Anisha.

Langkah Mateen terhenti di balkoni, lalu berpaling memandang Anisha yang sedari tadi mengekorinya dari belakang. Senyuman terukir di bibir pucat Mateen.

"Good luck for your future endeavor. I wish you all the best", ucap Mateen. Anisha tersenyum manis mendengar ucapan itu. Hari ini hari terakhir dia bekerja dengan MB Polo. Niatnya sebelum ini hanya untuk mengisi masa lapang sebelum kembali ke London untuk menguruskan agensi pelancongan yang diusahakan bersama seorang rakan baiknya. Sekadar mengisi masa lapang di Brunei, Anisha menawarkan diri untuk bekerja dengan MB Polo. Cukuplah sekadar berkhidmat selama tiga bulan bersama MB Polo.

"Thanks, Timmy. And thanks for giving me this opportunities. Lepas ni I dah busy dekat London, and maybe JB", kata Anisha berseloroh. Sekadar mahu menceriakan suasana petang Mateen yang suram ketika ini.
"Yea, JB. Send my regards to your boyfriend when you meet him", balas Mateen. Dia gembira dapat membantu penyatuan dua hati. Lega rasanya apabila akhirnya Anisha menemui cinta baru.

"Get well soon, Tim. I think you missed her", kata Anisha pula. Mateen tersenyum kelat. Mungkin betul juga kata Anisha. Dua hari ini dia asyik memikirkan Elisa. Rasa menyesal dan bersalah kerana membiarkan Elisa terasa hati dengannya. Mateen tahu Elisa terluka dengan sikapnya namun isterinya itu pandai saja sembunyikan perasaan itu. Berada jauh dengan Elisa ketika ini, baru Mateen tahu betapa rindunya dia pada wanita itu.

"Yea. I think so. I wish she was here", kata Mateen perlahan. Anisha ukir senyum. Bahu Mateen ditepuk perlahan.
"Ask her to come", cadang Anisha. Masih ada banyak masa jika Mateen mahu Elisa ke mari. Sekurang-kurangnya dapat juga mengubati sakit rindu Mateen ini. Baru dia tahu begini rupanya apabila kita merindui seseorang.

"Thanks, Icha", ucap Mateen. Bagus juga jika dia minta Elisa ke sini. Sudah tentu Elisa menunggu keizinan darinya. "Come, a goodbye hug", kata Mateen seraya mendepakan tangannya.
"Thanks, Timmy", ucap Anisha lantas mendakap erat tubuh Mateen.
Mateen membalas, "You're welcome"

*

Kedatangan aku ke Dubai kali ini ditemani Sufi dan Khalil, bodyguard yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku jika ke luar negara. Sejak aku berkahwin, Mateen mengupah Khalil sebagai bodyguard aku tetapi selalu saja Khalil kena tinggal dengan aku jika aku keluar istana. Aku suka memandu sendiri, jadi selalunya Sufi yang menjadi penumpang setiaku dan Khalil hanya mengekori dari belakang dengan kereta lain.

Kami disambut Hassan, pemandu peribadi keluarga Bolkiah di Dubai. Jika keluarga diraja ini ke Dubai, Hassan merupakan salah seorang pemandu peribadi yang akan membawa ahli keluarga Bolkiah ke destinasi yang dituju. Aku sendiri sudah beberapa kali menemui Hassan selama dua tahun ini.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now