2 | Kalau Ada Jodoh

3.8K 97 9
                                    

"I am hoping to meet her again, but unfortunately I'm not", kata Mateen perlahan. Dia duduk bersandar pada sofa lembut di dalam golden lounge Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York sementara menunggu penerbangan ke London. AJ menepuk perlahan bahu Mateen. Senyuman diberikan kepada lelaki muda ini.
"It's been a year, mate. You still thinking about her?", soal AJ. Mateen merengus resah. Sehingga kini entah kenapa dia masih fikir tentang Elisa. Setiap kali dia ke New York, dia pasti akan ke Han's Cafe tetapi malangnya Elisa tiada di situ. Wajah Elisa sentiasa ada dalam ingatannya, tidak pernah lupus. Kadang-kadang sampai masuk ke dalam mimpi.
"I'm crazy about her", balas Mateen. Mata dipejam rapat. Dalam hati dia berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan gadis itu dan jika peluang itu diberikan kepadanya, dia tidak akan persiakannya.
"How about other girls that you always hang out with? Olivia, Sandra, Linda. Did they mean anything to you?", soal AJ. Hidup Mateen sentiasa dikelilingi gadis-gadis yang mendambakan cintanya. Gadis datang silih ganti, malah layanan Mateen terhadap mereka juga lebih daripada kawan. Olivia, gadis kacukan British-Belanda selalu saja dibawa bercuti keliling dunia. Dibawanya ke Mykonos, Madrid, Tokyo hatta ke Brunei sekalipun. Dilayannya bak puteri. Takkan tiada sekelumit pun perasaan untuk gadis itu?
"It's different, bro. Different. The feeling. I don't know. I can feel that she is different", terang Mateen. Dia sendiri tidak pasti akan perasaan itu. Namun satu yang dia pasti, dia jatuh cinta pandang pertama dengan Elisa. "I hope I can get one more chance to meet her and I will not take it for granted", sambung Mateen lagi.
"Well, good luck. I hope you'll find what you're looking for", ucap AJ. Hanya itu yang mampu dia katakan kala ini. "By the way, malam ni you ada perjumpaan dengan Brunei students at Brunei Hall. Bacaan Yassin dan tahlil", kata AJ, mengingatkan tentang jadual kerja Mateen. Mateen hanya angguk faham. Baru saja pulang dari bercuti, sudah ada kerja yang menanti di London.

Letih. Mateen akui terkadang dia letih dengan semua ini. Tetapi itulah tugasnya sebagai pengiran muda yang kini sedang melanjutkan pelajaran di London. Selain menumpukan perhatian pada pelajaran, dia juga masih perlu memberikan khidmat bakti kepada rakyat Brunei yang tinggal di United Kingdom.

"I know someday I will meet you again, Elise", bisik Mateen dalam hati. Walaupun dia tidak tahu nama penuh Elisa, di mana gadis itu belajar, dia tetap berharap suatu hari nanti dipertemukan lagi dengan gadis itu. Gadis yang telah menjadikan dia penunggu yang setia.

***

Aku berlari selaju yang mungkin saat turun dari teksi. Sampai saja di dalam balai berlepas, mataku tertancap pada papan warna hitam yang tinggi tergantung menunjukkan waktu penerbangan.

Flight: BA889, New York to London
Status: Last Call

"Damn! Last call", sumpah aku dalam hati. Pantas aku berlari ke kaunter untuk mendaftar masuk. Aku rasa hari ini hari paling malang aku. Mula-mula aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas akibat kemalangan, kemudian aku lupa nak daftar masuk online dan sekarang aku dah sangat lewat untuk penerbangan ke London!

Selesai daftar masuk, aku berlari pula ke pintu 10, penerbangan British Airways ke London. Hampir habis semua tenaga aku berlari dari balai berlepas sehingga ke pintu 10 yang terletak di hujung sekali. Petugas British Airways yang berdiri tegak di pintu masuk ke dalam badan pesawat tersenyum manis melihat aku.
"I'm sorry. I'm so fucking late!", ucap aku sambil menghulurkan boarding pass dan passport kepada petugas itu. Dada aku berombak kencang, nafas sudah berterabur lari lintang pukang. Puas aku kutip semula untuk mengatur nafas.
Petugas itu hanya senyum, "Take a deep breath, miss. It's okay", lembut saja tutur katanya. Aku angguk dan membalas senyumannya kemudian terus masuk ke dalam pesawat. Pramugari yang bertugas membawa aku ke tempat duduk aku, B04 - Business Class. Aku mengukir senyum lega dengan penerbangan kali ini. Tidak penuh seperti selalu apabila tempat duduk di sebelah aku kosong, tiada penumpang.
Aku masih trauma dengan penerbangan lepas apabila penumpang di sebelah aku mabuk dan muntah. Aku cuba minta tempat duduk lain tapi disebabkan penerbangan penuh ketika itu, maka aku terpaksalah bertahan sehingga tiba di London dengan masa penerbangan berbaki dua jam. Dua hari aku demam selepas itu. Nasib baik British Airways bermurah hati memberikan aku complimentary diskaun untuk penerbangan aku yang seterusnya. Dapatlah aku pulang ke New York dengan tiket separuh harga untuk kelas perniagaan.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now