17 | Ditelan Pahit, Diluah Sayang

2K 66 15
                                    

Permintaan baginda sultan itu terlalu berat untuk aku. Aku sendiri tidak mengerti siapa antara aku dan Mateen yang akan terluka atau kecewa nanti. Aku tidak boleh kembalikan rasa cinta itu pada Mateen kerana hati aku ada pada Haiqal ketika ini. Itu yang terbaik agar tiada lagi drama cinta terlarang aku dengan anak raja. 

Cukuplah. Cukup dua kali aku kecewa dengan anak raja. Serik! Aku dah tak sanggup nak merawat lagi luka di hati apabila cinta dihalang. Sakti dan pedihnya lama untuk sembuh. Aku dah tak sanggup.

Tapi Mateen? Apa yang dia mahu dari aku sebenarnya? Jika diingatkan kembali apa yang Samantha beritahu dan perbualan Mateen dengan AJ di gim tempoh hari, aku tahu Mateen merancang sesuatu. Terus ikat aku di sini? 

Aduh! Jangan buat hal lah Mateen. Janji tetap janji. Jangan sesekali cuba untuk mungkir janji tu.

Suara lembut seorang wanita di lobi membuatkan langkah aku terhenti. Aku segera menuruni tangga untuk ke lobi. Kelihatan susuk tubuh seorang wanita lingkungan 30-an.  

"Sufi, buatkan saya orange juice", arah suara itu.
Sufi pula membalas, "Baik, Tuanku"

Tuanku? Siapa pula ni? Berkerut dahi aku cuba mengenal pasti susuk tubuh itu. Namun hampa. Mungkinkah Fadzilah atau Azemah?

"Assalamualaikum", aku memberanikan diri menyapa wanita itu. Wanita itu berpaling dengan wajah yang berkerut memandang aku dan kemudian mengukir senyum. Manis!

"Waalaikumusalam. Lisa, right?", jawabnya dan menyoal aku dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. 

Aku membalas senyumannya itu. Lemah lembut orangnya, halus cara percakapannya. Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah, itulah gerangan susuk tubuh yang melemparkan senyuman manis tadi. Aku sudah mendengar cerita tentang dia banyak kali. Dari dayang-dayang istana, Samantha, AJ malah Mateen sendiri suatu masa dulu. Cuma aku belum berkesempatan menemuinya.

"Yes, I'm Lisa. Sorry I didn't recognize you just now. How are you, Your Highness?", soalku seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia menyambut huluran tangan aku dan tersenyum.

"Just call me Aze. Okay?", balasnya bersahaja sambil memegang lengan aku lembut. 

Ya Allah, baiknya lah puteri raja yang seorang ini. Kalaulah adindanya juga sebaik ini, sudah pasti aku rasa bahagia untuk bekerja dan tinggal di dalam penjara aku ini.

"I feel awkward. I'm just a staff", balasku. Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan anak raja yang seorang ini. Ketawa Azemah mendengar kata-kata aku. 

Aku salah cakap ke?

"No need to feel awkward, Lisa. I know who you are. Besides, you already make him happy with your presence here", balas Azemah. Aku terkedu mendengar tutur katanya itu. Mateen gembira aku ada di sini? Tetapi kenapa sikap dia tidak seiring dengan perasaan gembira itu? Sikap dinginnya semakin menjadi-jadi sejak pertengkaran kami di gim tempoh hari dan sehingga ke hari ini, aku tidak berjumpa dia. Sudah seminggu dia pulang ke Istana Nurul Iman, bermalam di sana sehingga segala majlis berkaitan sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berakhir.

"Come, join me", pelawa Azemah lalu kami beriringan ke ruang tamu sebelah utara istana. Tempat santai kegemaran aku dalam banyak-banyak ruang di dalam istana ini. Dengan sofa empuk buatan Itali, meja kopi sebesar meja pingpong dengan kemasan emas, cukup menampakkan kemewahan ruang ini. Dan yang paling seronok sekali bagi aku adalah piano besar diletakkan di ruang ini dan menghadap laut yang terbentang luas. Memang tepat aturannya di situ. Sesekali apabila bosan, disitulah tempat aku. Mengasah kembali bakat yang dah lama terpendam. Ingat dulu sewaktu aku belasan tahun, mama paksa aku masuk kelas piano walaupun aku tak suka. Bolehlah main piano sikit-sikit walaupun ada kalanya bunyinya sumbang.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now