33 | Bienvenue à Paris!

1.7K 60 10
                                    

"Serius lah kita pergi Paris naik train?", soalku berulang kali sejak awal pagi tadi apabila Mateen menyatakan hasrat untuk ke Paris menaiki keretapi. Aku tak faham kenapa nak susahkan diri naik keretapi.

"Ada nampak I main-main ke? Serius lah!", balas Mateen lalu masuk ke dalam kereta. Aku masih tercegat di luar kereta, memerhatikan Hadi memasukkan beg ke dalam bonet kereta. "Lisa!", jerit Mateen dari dalam kereta. Kaget dengan jeritan itu, cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta, duduk di sebelah Mateen.

Suasana sepi menemani perjalanan kami ke Stesen St. Pancras, London. Malas aku mahu bertanya banyak soalan, nanti aku balik yang kena. Sakit hati aku ini pun masih belum hilang, nanti kalau kata-kata Mateen menyakitkan hati, yang rasa sakit itu aku juga. Jadi lebih baik diam dari berkata-kata.

"Have you been there by train?", soal Mateen memecah kesunyian di ruang menanti VIP Stesen St.Pancras, London. Aku masih lagi diam membisu. Sejak sampai tadi, tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut aku. Dari ekor mata aku nampak Mateen pandang aku. Sengaja aku buat-buat tidak nampak, malas nak layan kerenah Mateen kala ini. Dah nak raya kot! Janji nak bagi aku cuti, tapi curi cuti aku!

"Hurmm.. dah bisu ke orang sebelah I ni?", soal Mateen berseloroh. Aku masih diam, fokus dengan iPadku. Mateen segera berpaling, betul-betul mengadap aku. "Excuse me, miss. Have you seen my PA? I think she lost in her own world", selorohnya lagi.

Aku berdecit. iPad di tangan tadi aku masukkan ke dalam beg galasku. "Please la, Mateen. I takda mood nak layan you, okay? I'm on leave. Sepatutnya sekarang ni I tengah syok shopping raya with my parents. You tahu tak I tak prepare apa-apa pun lagi untuk raya?", luah aku. Memang aku masih marahkan Mateen. Aku sudah buat perancangan baik punya untuk habiskan cuti raya aku, alih-alih sekarang ini aku dalam perjalanan ke Paris.

Dengan dia!

"I pun tak prepare apa-apa lagi untuk raya. But work is work kan? Adhoc. You kena terimalah", balas Mateen selamba.

Ewah! Senangnya dia bercakap. Dia memanglah tak kisah pasal persiapan raya. Dia ada berpuluh orang dayang yang boleh uruskan persiapan raya dia. Geram pula aku dengan dia ni!

"Excuse me, Pengiran Muda 'Abdul Mateen. You cakap you tak prepare apa-apa lagi untuk raya? Yang I sediakan baju melayu you sampai 10 pasang tu untuk apa? Siap dengan sampin tempah khas untuk you lagi. Ha! Dengan kasut yang dah berkilat. Dah siap elok semua untuk you. You tinggal nak pakai je. Benda lain apa yang you nak kisahkan? You siapkan diri you je. Bukan you kena kemas istana tu pun. Kita lain okay. You ada beratus dayang, while my parents ada I je", bebel aku panjang lebar. Fuh! Tiba-tiba aku rasa lega kerana dapat luahkan segala yang terbuku di hati.

Mana boleh Mateen samakan aku dengan dia. Sebelum aku cuti raya, aku sudah sediakan semuanya untuk dia. Dari baju melayu, sampin sampailah ke kasut sudah aku sediakan. Seperti setiap tahun, raya pertama dan kedua dia akan berada di Istana Nurul Iman. Istana akan dibuka untuk rakyat bertemu dengan keluarga diraja dan pembesar istana.

Mateen menyeringai mendengar bebelan aku. Baru dia tahu aku ni segala jenis mak nenek pun kalah kalau dengar aku membebel.

*

Kotak memori Mateen mengimbau kisah beberapa minggu lalu sewaktu Elisa sibuk menyiapkan kelengkapan dan keperluan rayanya. Disebabkan gadis ini mahu bercuti, jadi Mateen meminta Elisa sediakan semuanya terlebih dahulu.

"Boringnya raya you! Semua baju warna gelap. Orang time raya ni nak happy, baju pun kenalah ceria", rungut Elisa apabila melihat koleksi baju melayu yang dia ada.

Ingat lagi saat tu, ketika dia diminta pilih 10 warna untuk baju melayu dia tahun ini. Hitam wajib! Yang lain semua warna biru, coklat, maroon, hijau, kelabu tapi semuanya gelap. Berkerut dahi Elisa dengan pilihan Mateen.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now