55 | Kasih Mama

3.3K 92 7
                                    

Nora dan Sufi hanya tunduk merenung lantai. Mereka tidak berani menatap wajah bengis majikan mereka sekarang.

Pengiran Muda 'Abdul Mateen, jika dia marah siapa saja yang berani melawan. Kening yang hampir bertemu itu saja mampu menggentarkan sesiapa saja.

"Tell me the truth! Betul ke apa yang I dengar tadi?". Suara Mateen mula meninggi. Ketika dia melintasi ruang lobi villa Hajah Mariam tadi, dia mendengar perbualan dua orang gadis ini mengenai kejadian yang menimpa Elisa dua minggu lalu.

Terenjut bahu Sufi mendengar suara Mateen yang meninggi. Sudah lama dia tidak mendengar tempikan suara pengiran muda ini .

"Sufi?!", panggil Mateen. Sufi angkat muka apabila namanya dipanggil. Mateen memandangnya dengan dahi yang berkerut. Sufi menjadi takut, menggigil seluruh badan. Dia tidak pernah dimarahi oleh pengiran muda ini. Agaknya beginilah perasaan Elisa ketika bekerja dengan Mateen dulu.

"Sa-saya minta maaf, tuanku. Saya tak tahu apa yang jadi. Saya jumpa pengiran bini dah pengsan", jawab Sufi tergagap-gagap. Hari itu, dia jumpa Elisa pengsan di luar bilik Hajah Mariam dan darah yang sudah memenuhi lantai. Kalut Sufi memanggil pembantu villa untuk membantunya. Mujur juga ketika itu pemandu Elisa ada sama.

Berita keguguran Elisa sangat meruntun hati Sufi. Elisa sendiri tidak tahu yang dia mengandung dan lebih menyedihkan lagi, semua itu berlaku ketika suami tiada di sisi.

"Nora? What happened in Hajah's room?". Soalan beralih kepada Nora pula. Nora telan air liur. Dia tidak pernah berdepan dengan Mateen. Dia mula bertugas di villa ini sejak Hajah Mariam dibenarkan pulang ke rumah sebagai jururawat peribadi Hajah Mariam.

"Pu-puan Hajah. Di-Dia tolak pengiran isteri", jawab Nora dan tertunduk. Nak menipu pun dia takut. Menatap wajah Mateen kala ini ibarat berhadapan dengan harimau. Cakap salah, tak cakap pun salah.

Terkedu Mateen mendengar jawapan Nora. Gigi diketap geram, menampakkan rahangnya yang tajam. Dia sepatutnya sudah boleh jangka sesuatu seperti ini akan berlaku. Tetapi Elisa pandai menyembunyikan semua ini darinya.

Jika tidak kerana dia terdengar perbualan dua gadis ini, sampai bila-bila dia tidak akan tahu hal sebenar. Sudah dua minggu berlalu, Elisa masih tidak mahu bercerita dengannya. Cerita Elisa, dia pening dan pengsan. Itu saja.

Sejak Elisa keluar dari hospital dua minggu lalu, dia hanya berehat di Nurul Izzah. Dua minggu ini juga Mateen tidak ke villa Hajah Mariam akibat tuntutan kerja yang semakin banyak. 

Hari ini dia dan Elisa singgah di villa Hajah Mariam selepas pulang dari check-up di hospital. Elisa yang beria-ia mahu melawat Hajah Mariam setelah dua minggu tidak berjumpa bonda mertuanya itu.

"Nora, details please", paksa Mateen. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan Nora sebentar tadi. Dia mahukan cerita penuh mengenai kejadian yang menimpa isterinya itu. Sufi mula gentar apabila Nora disoal begitu. Elisa sudah berpesan kepada mereka berdua supaya tidak menceritakan hal itu kepada Mateen.

"Tuanku, saya minta maaf. Tapi saya dah berjanji dengan pengiran bini untuk rahsiakan hal ni", jawab Nora perlahan dan masih tertunduk. Mateen bangun. Meja dihentak dengan tangan, kuat. Dadanya berombak kencang menahan marah. Saat begini pun, mereka masih mahu berahsia dengannya.

"I am the one who hired you, not my wife! Now tell me the whole story before you've been fire!", tengking Mateen. Sudah hilang sabarnya kali ini. Dia tidak boleh berdiam diri apabila perkara ini melibatkan isterinya.

Nora menjadi takut. Dia ceritakan semuanya kepada Mateen. Kejadian sejak hari pertama sehingga hari di mana Hajah Mariam menolak Elisa.

Mateen terduduk mendengar cerita itu. Sungguh dia tidak sangka sukarnya keadaan yang dilalui Elisa selama seminggu menjaga bonda mertuanya. Dan dia juga sudah boleh menduga bahawa Hajah Mariam tidak akan melayan Elisa dengan baik.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now