13 | Ikatan Janji

2.1K 70 2
                                    

Aku meneliti kontrak yang diserahkan Mateen selepas makan malam yang hanya ditemani bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan berakhir. Pertama kali makan malam bersama seseorang yang aku rasa seperti orang asing. Tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut aku atau Mateen. Aku menjadi canggung untuk bersuara dan mungkin juga dia malas mahu berbual dengan aku.

Nafas aku tarik dalam dan panjang demi mendapat sedikit kekuatan untuk membaca kontrak ini. Aku perlu fahamkan kontrak ini sebelum membuat keputusan walaupun aku tahu sebenarnya aku tidak punyai pilihan selain menerima tawaran kerja dan kontrak dari Mateen ini.

Bismillah..

Aku membuka muka surat pertama kontrak itu. Dahi aku berkerut saat membaca syarat pertama yang tertulis. Syarat pertama, aku perlu lapor diri setiap pagi pada jam 6 pagi. Aku tarik nafas panjang. Okay lagi lapor diri pukul 6 pagi. Sesudah subuh aku terpacak depan mata dia!

Mata aku beralih kepada syarat kedua pula. Aku kena sediakan sarapan pagi setiap hari tanpa gagal berpandukan menu diet dia. Aku terhenti di syarat kedua. Eh, aku ni personal assistant ke pembantu rumah? Duduk istana besar-besar tu tak akan tak ada tukang masak!

Okay, tak apa Lisa. Go on..

Aku hembus nafas perlahan dan teruskan lagi membaca syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak itu. Syarat ketiga, aku hanya diberikan cuti seminggu sekali dan aku akan ditemani Samantha sepanjang cuti.

Aku tutup kasar kontrak itu. Gigi kuketap tanda geram. Baru baca tiga daripada entah berapa banyak syarat ni pun aku dah rasa sakit hati. Dia sengaja ni, memang sengaja buat syarat macam ni sebab nak hukum aku atas kesalahan yang aku tak buat.

"Accept this offer or going to prison.."

Terngiang-ngiang kata-kata Mateen itu. Sanggup ke aku masuk penjara? Tak! Aku tak sanggup. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan terima lamaran Haiqal apabila semua ini selesai. Walaupun Haiqal belum lagi melamar aku buat kali kedua. Tetapi dia pernah cakap untuk tunggu aku bersedia. Dan aku bersedia menjadi isteri dia apabila semua ini selesai. Masuk penjara tidak akan selesaikan masalah ni. Lagipun, jika aku masuk penjara itu bermakna aku mengaku atas satu kesalahan yang aku tidak lakukan. Aku tidak akan mengalah macam tu saja.

I need to fight and I'm gonna win this!

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Pening hendak memikirkan langkah yang seterusnya. Apa yang perlu aku buat? Dengan kontrak ini, bermakna aku sendiri yang akan masuk penjara ciptaan Mateen. Dan aku tahu, dia akan pastikan aku terima kontrak ini.

Itu aku pasti!

'Siapa pula datang ni?'. Bunyi loceng pintu membuatkan aku tertanya-tanya. Samantha tiada ketika aku balik dari makan malam tadi dan aku yakin dia memang belum balik lagi. Aku kerling jam di tangan, menunjukkan pukul 9 malam. Dengan rasa malas aku turun dari katil dan menuju ke pintu suite. Aku menjengkit untuk melihat gerangan orang di luar melalui lubang di pintu.

Mateen?! Apa lagi dia nak ni? Adoi...!

Aku membuka pintu perlahan, berhati-hati. Mateen berdiri tegap di depan muka pintu. Menanti penuh sabar aku membuka pintu.
"Yes? Anything?". Soal aku. Tiada reaksi daripada dia. Rasa kekok berhadapan dengan Mateen sekarang dalam apa jua keadaan sekalipun.

"May I come in?". Soalan aku tidak dijawab, dia menyoal aku pula. Aku kaku seketika. Nak ke taknak bagi dia masuk?
"Basically I pay for this suite. So why I should ask for your permission right?", ujarnya lantas menolak aku ke tepi dan berlalu masuk.

Aku mendengus kasar. Melampaulah dia ni!

"Hey! This is too much. You cannot go in just like that!", bentak aku geram. Langkah dia terhenti dan menoleh. Perlahan dia berpatah balik ke arah aku yang masih berdiri di muka pintu. Semakin lama semakin dekat. Dia menghampiri aku sehingga aku tersandar pada dinding. Muka dia seinci je dari muka aku. Dia meletakkan kedua tangannya ke dinding, memerangkap aku di situ. Aku pejam mata. Aku dapat rasa hembusan nafasnya. Dada aku berdegup kencang. Bau wangian yang dia pakai malam itu menusuk ke hidung. Masih wangian yang sama seperti dulu. Ya Allah, jangan lah dia apa-apakan aku!

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now