14 | Hadapi Dengan Senyuman

2K 61 1
                                    

Istana Nurul Iman~

"Daddy, may I come in?", suara Azemah yang berdiri dengan separuh badan di sebalik pintu. Baginda sultan yang sedang kusyuk membaca angkat muka ke arah pintu bilik bacaan yang sememangnya tidak bertutup rapat. Begitulah rutin setiap malam baginda selepas solat Isyak. Baginda akan ke bilik bacaan yang terletak di sebelah kamar beradunya untuk membaca atau meneliti dokumen kerja sebelum masuk beradu.

Baginda ukir senyum melihat anakanda ke-lapan ini dan angguk, perkenankan. Azemah mengukir senyum lalu berjalan menuju ke sofa tempat ayahandanya duduk. Azemah bersalam dan mencium tangan baginda sebelum melabuhkan punggung di sebelah ayahandanya.

"Sihat?", soal baginda ringkas.
Azemah balas, "Alhamdulillah. Sihat. Daddy?"

Baginda senyum dan angguk, "Alhamdulillah. Sihat orang tua". Bersahaja jawapan baginda sambil ketawa kecil. Azemah ukir senyum nipis. Dia tahu baginda bukannya sihat sangat tetapi baginda sentiasa bersemangat. Baginda tidak mahu kesihatannya menggangu kerja-kerja hariannya. "Ada apa Aze nak jumpa daddy?", soal Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

"Pasal Timmy", jawab Azemah ringkas. Baginda terus menutup buku yang dibacanya sedari tadi dan meletakkan buku itu di atas meja sisi sofa. Matanya kemudian tertumpu kepada pemilik nama Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah.
"Daddy tahu dia hire new PA?", soal Azemah.
Baginda ukir senyum dan angguk lalu menjawab, "Last month before SEA games dia ada bagitau daddy. Daddy perkenankan dan dah minta AJ carikan seorang PA untuk Timmy. Kenapa Aze? Something wrong?"

Azemah lepas keluh perlahan. Memang tiada salahnya Mateen mahu mengambil seorang lagi pembantu peribadi kerana dia tahu tentang kesibukan adindanya itu. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"He found one. Tapi daddy tahu siapa?", soal Azemah kembali. Baginda menggeleng. Dia masih belum tahu atau berjumpa dengan pembantu peribadi baru Mateen. "Raja Nurul Elisa binti Raja Muizzudin Iskandar. Cucu Raja Ahmad Iskandar, your friend", jawab Azemah panjang lebar.

Baginda kelihatan terkejut dengan jawapan itu. Azemah mengenali Raja Ahmad Iskandar ketika Sukan SEA di Malaysia bulan lepas. Ketika itu baginda mencemar duli ke perlawanan akhir Polo dan berjumpa dengan Raja Ahmad Iskandar yang juga berada di situ bagi memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia dan juga cucundanya, Raja Amirul Adhwa.

"His ex-girlfriend right?", tanya baginda inginkan kepastian. Masakan dia lupa tentang gadis itu. Gadis yang membuatkan anakandanya sanggup menerima semua syarat yang ditetapkan asalkan hubungan mereka tidak dihalang.
Azemah angguk. "Yes, dad. But I'm worry about that", suara Azemah. Bukan mengenai pembantu peribadi Mateen yang dia risaukan, tetapi gerangan orang yang bakal menjadi pembantu peribadi Mateen itu yang dia risaukan.

"Why so?", soal baginda.
"Daddy tak pelik ke dia nak hire Lisa sedangkan Lisa bukan pernah study or kerja related to PR or anything. She is a solo traveler, dad", kata Azemah penuh curiga. Sewaktu diberitahu mengenai hal ini, Azemah menjadi tertanya-tanya. Selepas hampir dua tahun Elisa menghilangkan diri, dan kini gadis itu terus diambil bekerja dengan Mateen.

Baginda sultan terdiam, seolah memikirkan sesuatu. Baginda turut merasa curiga. Jika Elisa tiada kelayakan, kenapa mesti gadis itu yang dipilih untuk menjadi pembantu peribadi Mateen?

"Hurmm.. when she will start to work?", soal baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Azemah segera membuka aplikasi Whatsapp di telefon bimbitnya. Membaca semula mesej yang dihantar AJ beberapa hari lalu.
"Timmy will go to Brisbane end of this month to meet her. I think she will starts next month", jawab Azemah. Baginda hanya menganggukkan kepala tanda faham. 

Baginda tahu ada sesuatu yang disembunyikan Mateen darinya. Ini bukan hanya kerana cinta, pasti ada perkara lain yang dirancang anakandanya ini. Walau apa pun perancangan Mateen, baginda pasti akan dapat tahu.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now