16 | Kuatkan Rasa Itu

2K 67 13
                                    

Haiqal Daniel merenung gambar di skrin telefonnya. Gambar seorang gadis. Gadis yang berjaya membuka semula pintu hatinya setelah dikecewakan cinta lama yang tersemat di hatinya sejak sekian lama.

Pertemuan di Cordoba merubah persepsinya tentang cinta. Tidak semua wanita sama seperti bekas kekasihnya. Tidak semua wanita mahu hidup bebas tanpa sebarang ikatan. Gadis ini berbeza. Dia terbang tinggi dan belayar jauh ke serata dunia namun dalam dirinya ada satu impian yang ingin dicapai. Berada dekat dengan orang yang dia sayang di satu tempat yang mendamaikan dan mampu memberi ketenangan jiwa.

"I nak settle down dekat any island atau tepi pantai. Buat rumah tepi pantai. Mesti best kan? That's so peaceful"

Terngiang-ngiang kata itu di minda Haiqal. Dia tarik nafas dalam dan mata dipejam rapat. Dia memasang telinga, mendengar desiran ombak yang menghempas pantai. Tenangnya bunyi itu. Patutlah Elisa sukakan pantai, ketenangan pantai itu memang mengasyikkan.

Haiqal lepas keluh perlahan. Sudah lebih sebulan dia mendiamkan diri dari Elisa. Banyak kali juga Elisa menghubunginya namun semuanya dibiarkan begitu saja. Hatinya masih sakit dengan keputusan Elisa. Cukuplah dengan melihat aksi mesra Elisa dan Mateen di Kuala Lumpur dulu, hatinya bagai direntap keluar. Perasaan cemburunya membuak-buak. Jiwanya meronta ingin tahu kisah di sebalik semua itu. Egonya tercabar apabila mengetahui lelaki itu yang pernah menjadi kekasih Elisa.

Hati Haiqal masih belum pulih. Dia masih perlukan ruang dan waktu itu. Bahu Haiqal terenjut saat dipegang dari belakang.

Dia menoleh, "Sofea"
Sofea melabuhkan punggung di sebelah Haiqal. Dipandangnya wajah lelaki ini dengan pandangan mata redupnya.
"Still thinking about her?", soal Sofea.
Haiqal tertunduk, "Yerp. I miss her"
"Then, call her Qal. Kenapa you nak seksa jiwa you? Dia pun mesti rindukan you", kata Sofea.
Haiqal hanya terdiam dan masih tertunduk.

"Give me your phone. I'll dial for you", kata Sofea lantas merampas telefon di tangan Haiqal. Kaget Haiqal dengan keadaan itu lalu segera merampas telefonnya kembali.
"Okay..okay. I call her. But not now. Later", Haiqal mengalah. Sofea ukir senyum nipis.
"Make sure you call her and apologise. Mesti dia ada sebab kenapa rahsiakan something dari you even I sendiri tak tahu masalah you dengan dia yang sebenarnya. Tapi kalau you betul-betul sayang dia, don't take her for granted, Qal", panjang lebar nasihat Sofea.

Haiqal angguk perlahan dan membiarkan Sofea berlalu meninggalkannya yang masih termenung di tepi pantai. Dia masih cuba mencari kekuatan untuk menghubungi Elisa.

Ahh! Call je lah. Bukan susah pun!

*

Aku sedang sibuk menyemak jadual Mateen untuk minggu depan apabila telefon aku berbunyi. Selalunya AJ akan berikan aku jadual kerja Mateen dan aku perlu atur jadual dia untuk perkara peribadi supaya tidak mengganggu waktu kerja dia. Semua berkaitan dengan perkara peribadi aku perlu aturkan. Nasib baik belum ada girlfriend, silap-silap nak dating dengan girlfriend pun aku yang kena aturkan.

Aku melihat nama yang tertera di skrin telefon. Haiqal! Jerit aku dalam hati. Gembira menerima panggilan dari lelaki ini lantas segera aku menjawab panggilan telefon itu.
"Hello you...!", ucap aku bersemangat. Sudah lama aku menantikan panggilan telefon dari lelaki ini. Sebulan lebih menunggu, aku pendam segala perasaan rindu aku padanya hanya kerana ingin memberikan ruang dan masa yang dia perlukan.
"Hai, sayang. I'm sorry for being silence. How are you?", lemah suara di hujung talian. Runtun jiwaku mendengar suaranya. Aku mula menjadi sebak. Mendengarkan suara Haiqal saja sudah cukup membuatkan aku rasa gembira. Aku terlalu rindukan lelaki ini.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now