59 | Wanita Terbahagia

7.2K 130 41
                                    

Aku berdiri kaku tatkala kami tiba di tempat yang dibawa Mateen. Aku kini berdiri betul-betul di depan Han's Cafe. Tempat pertemuan pertama aku dan Mateen. Keadaan kafe gelap, semestinya sekarang bukan waktu operasi kafe.

"Shall we?", tanya Mateen sambil tangan ditunjukkan ke pintu kafe. Berkerut dahiku, kurang faham dengan pertanyaan Mateen. Masuk ke dalam jafe yang sudah tutup? Ini dah kira menceroboh.
"In here?", tanyaku kembali untuk kepastian. Kafe sudah tutup, macam mana kami nak masuk ke dalam. Mateen hanya mengangguk dan aku hanya menurut. Sudah tentu kejutan itu ada di dalam ini.

Saat pintu dibuka, cahaya lampu terus memenuhi ruang kafe. Aku terkesima dengan dekorasi dalam kafe Han sekarang. Hampir tiga tahun juga aku tidak ke sini. Banyak perubahan yang Han sudah lakukan dengan kafe ini.

"Happy Anniversary, lovebirds!"

Jeritan itu membuatkan aku berpaling. Di belakang kaunter, Han berdiri memegang kek dan di sebelahnya, seorang wanita yang amat aku kenal.

"Sam?!", jeritku lantas berlari menuju ke arah wanita itu. Masakan aku lupa akan wajah ini. Wanita yang menjadi bodyguard pertamaku. Samantha mendepakan tangan, menanti aku datang kepadanya. Aku memeluk erat tubuh wanita ini.

Ya Allah! Rindu benar aku pada Samantha.

"Yes, it's me", jawab Samantha ceria. Sudah berbeza penampilan Samantha sekarang. Semakin cantik dan... ayu! Jauh sekali penampilannya sekarang berbanding dulu yang sedikit boyish. Aku meleraikan pelukan dan berpaling memandang Mateen semula.

"There's so many thing you need to explain, sayang", kataku pada Mateen dengan mata yang mengecil. Mateen hanya ketawa mendengar tutur kataku. Banyak perkara yang masih Mateen rahsiakan dariku rupanya.
"I will explain later. But tonight, let's enjoy our anniversary dinner. Shall we?", kata Mateen lalu menghulurkan tangan untuk aku sambut. Aku angguk dan ukir senyum. Sudah tentu aku akan pastikan Mateen ceritakan semuanya denganku tanpa ada sebarang rahsia lagi.

Han keluar dari belakang kaunter membawa kek ke meja. Dalam banyak-banyak perubahan di dalam kafe ini, satu yang tidak berubah.

Meja tu!

"Remember this table?", tanya Mateen. Aku angguk laju. Mana mungkin aku lupa akan meja di mana segalanya bermula. Di meja inilah aku sebenarnya mula jatuh hati dengan senyuman Mateen. Di sini juga aku mula menyimpan wajah Mateen dalam kotak fikiranku. Dan, di tempat ini juga aku jual mahal dengan Mateen.

"Dekat sini I mula rasa that you are the one. Eventhough we're just met. The moment I terlanggar you dekat luar tu, I dah mula jatuh hati dengan you. Because you know why...?", tanya Mateen.

Aku menggeleng, tiada jawapan untuk itu. Sehingga kini aku sendiri masih tertanya-tanya mengapa Mateen terlalu menginginkan diriku sejak dulu lagi. Apa kelebihan yang aku ada sehingga mampu membuatkan Mateen sukar untuk melepaskan aku. Aku langsung tiada jawapan untuk itu.

"Sebab waktu tu, walaupun tangan you hampir melecur terkena mocha latte panas favorite you tu, you tetap tak marah. And you still minta maaf dengan I eventhough it wasn't your fault", jawab Mateen tenang. Aku hanya diam, menumpukan perhatian pada penceritaan Mateen. 

Aku ingat lagi waktu itu, aku sendiri keliru dengan perlanggaran kami dan kekalutan aku apabila melihat mocha latte aku sudah tumpah di jaket kulit Mateen. Memang aku cuak habis waktu itu. Jalan selamat, aku minta maaf saja kerana aku sendiri tidak tahu siapa yang salah.

"That moment I realized there is something unique in this girl and I really wanna know her. But then you jual mahal, tak nak bagi nombor telefon you". Mateen sambung ceritanya tadi namun kemudian dia menjadi sayu. Bibirnya dijuih ke depan, konon-kononya sedihlah tu. Aku ketawa melihat mimik muka Mateen.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now