HS-1

7.1K 268 6
                                    

"For what,papa? Didn't you know,duduk dekat highschool lama pun terseksa. Ini kena pindah pula?" Ariana bengang.Dia menghadap papanya, Dato' Izham.

Dato' Izham berdehem. "East Star High School dengan Shine High School lain. Papa yakin kamu berdua boleh ubah perangai bila duduk dekat sana."

"Apa yang lain?" Alicia membuka mulut. Dah namanya sekolah,dari sudut mana pun,tetap neraka kepada pelajar. Alahai....

"Shine High School ni sekolah biasa. East Star High School ni sekolah elit. Jadi papa rasa sesuailah kamu berdua duduk dekat sekolah tu. Macam mana cara pun yang ada,kamu berdua tetap kena ikut peraturan." Jawab Dato' Izham.

"Pftt...Rules? Like we care?" Ariana sinis.

"It doesn't matter. Kamu berdua kena pindah juga." Dato' Izham sudah mula meninggi kan suara.

Ariana dan Alicia serentak bangun. "Fine!" Mereka berdua terus naik ke tingkat atas.

Datin Daniella yang dari tadi hanya mendengar mula bersuara."Awak rasa mereka berdua tu okay ke pindah dekat sana?"

"No worries. Saya tahu apa yang saya buat." Datin Daniella hanya mengangguk.

.............

Ariana menghempaskan badannya pada katil. Syiling bilik dipandangnya. Dia masih bengang.

Tetiba kena pindah sekolah buat menatang apa. Dekat Shine High School boleh je dia buli orang sana sini. Peraturan disekolah itu dibuat untuk dilanggar. Itulah moto dirinya dan Alicia.

Ariana Evelyn,nama secantik tuannya. Dia mempunyai muka yang lawa. Dia mempunyai dua lesung pipit. Badannya agak langsing. Mempunyai rambut yang panjang sehingga paras pinggang. Dia ialah kegilaan ramai lelaki.

Banyak keistimewaan yang terdapat dalam dirinya. Dia boleh bermain biola, gitar, piano, keyboard dan menyanyi.

Alicia Evelyn ialah adiknya. Bezanya dengan Alicia tidak banyak pun. Alicia mempunyai lesung pipit yang lagi dalam darinya. Suara Alicia juga agak halus dari dirinya. Alicia juga turut sama pandai bermain alat muzik.

Perwatakan yang beza diantara dia dan Alicia ialah dia suka benda yang hipster sikit manakala Alicia lebih suka benda yang selesa. Tak mengikut trend semasa sangat.

Ariana kuat mencarut manakala Alicia agak jarang. Tapi keduanya tetap suka melanggar peraturan, membuli, nakal, menganggu orang dan sebagainya.

Apa yang mereka cakap, mereka buat. Mereka tidak suka janji Melayu. Walaupun kedua-duanya orang Melayu tetapi mempunyai darah kacukan British.

"Pindah sekolah lagi. Memang aku humban dalam loji lah siapa yang ganggu aku dekat sekolah baru nanti." Monolog Ariana. Dia memejamkan matanya. Dia akhirnya terlelap.

.........

Lengan baju kemeja dikancing setelah jam dililitkan di pergelangan tangan. Blazer berwarna biru tua disarungkan.

Rambutnya yang lurus panjang mengurai diikat persis ekor kuda. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ponytail.

Dia mencapai beg galas berwarna biru gelap miliknya. Lampu dan pendingin hawa ditutup. Dia keluar daripada bilik.

Kelibat Ariana yang baru sahaja keluar dari bilik, disapa.

"Are you ready?"

"For what?"

"For the new highschool,bitch." Ariana sudah mula mencarut. Dia tengah geram boleh lagi buat muka tak ada perasaan.

"I am not a bitch." Alicia terus menuruni tangga. Bukan merajuk dengan kakaknya pun. Dia cuma nak siap awal je.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now