HS-56

2K 134 7
                                    

Pelbagai jenis nota Agama yang tertulis dipapan putih, disalin olehnya.

Sesekali dia mengerling ke tempat Ariana. Sudah dua hari gadis itu tidak hadir ke sekolah.

Kemana Ariana pergi? Dia pun tidak tahu. Bila di call, pasti akan decline. Bila di Whatsapp, pasti akan ditinggalkan bluetick sahaja.

Dia nak trace kedudukan Ariana? Semestinya tidak. Security phone Ariana terlalu canggih untuk dia menggodam.

Sedangkan Afiq yang pintar IT itupun tidak boleh menggodam telefon Ariana, apatah lagi dia, kan?

Entah apalah aplikasi yang dipasang oleh Ariana dalam phone gadis itu pun dia tidak tahu.

"Assalamualaikum, ustaz. Pengetua nak berjumpa dengan Alicia Evelyn dekat pejabat, sekarang juga." Penyataan pelajar lelaki itu berjaya mengalihkan pandangan semua pelajar 5 Pearl yang ralit menyalin nota.

Ustaz Azhar selaku guru Pendidikan Islam kelas 5 Pearl menganggukkan kepalanya. Mengizinkan Alicia untuk keluar berjumpa dengan pengetua.

Alicia menutup buku lognya. Dia berjalan keluar dari kelas.

Haidar menghantar kelibat Alicia melalui ekor matanya. Begitu juga dengan Haziq.

Kedua-duanya terdiam dari terus menyalin nota. Tiba-tiba sahaja hati mereka rasa seperti ada benda tak kena.

"Wey, kau fikir apa yang aku fikir?" Soal Haidar.

Haziq segera mengangguk. "Ha'ah. Peliklah, pengetua tak akan panggil student dia tanpa sebab mustahak. Lagi-lagi bila menganggu waktu pembelajaran. Jarang sekalilah. Kecuali Encik Afif, guru disiplin tu." Ujarnya.

Haidar mengangguk. Menyetujui kata-kata Haziq.

"Doakan je lah agar tak ada apa yang tak diingini, berlaku. Sudahlah Ariana tak ada. Aku pula yang risau." Tutur Haidar walaupun dalam mindanya sudah dipenuhi dengan benda yang bukan-bukan.

"In Shaa Allah tak ada apa-apa." Sahut Haziq, ragu-ragu.

Tangan mencapai pen semula dan menyalin nota yang ada di papan putih. Di dalam hatinya tidak putus-putus agar tidak berlaku benda yang tak diingini.

........

Alicia berlegar disekitar blok yang harus dia rentasi untuk pergi ke Blok Pentadbiran dimana pejabat terletak di blok itu.

Selangkah kakinya masuk ke dalam blok B. Dia berasa seram sejuk.

Perasaan itu cuba ditepis oleh hatinya. Dia meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba sahaja jalannya dihalang oleh beberapa orang pelajar lelaki dan ada juga beberapa orang pelajar perempuan.

Alicia membuat muka malas untuk melayan. "Apa korang nak?" Soalnya bosan.

Nak mengganggu pun tak kena masa betul.

"Nothing." Kata salah seorang daripada lelaki itu. Jarinya dipetik.

Alicia hairan dengan tindakan lelaki itu. Badannya dipaling ke belakang, ingin membuka langkah pergi.

Namun, tanpa sempat selangkah semut dia memijak, kedua belah lengannya dipegang dari belakang. Menghalang dia untuk berjalan.

Alicia sedaya upaya cuba merentap kedua tangan yang memegang lengannya. Makin dicuba, makin kuat pegangan mereka.

Gadis itu mengalah. Dia berhenti daripada terus menyakiti diri sendiri. "Nak apa?" Suaranya didinginkan. Bukan masanya untuk dia tunjuk lemah.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now