HS-55

2K 123 5
                                    

Perlahan-lahan matanya dibuka. Siling putih yang ada diatas kepalanya dipandang kosong.

Kepalanya terasa berdenyut. Dia bangun dari posisi baring kepada posisi duduk.

Daun pintu dibuka dari luar membuatkan dirinya terganggu. Pantas dia melihat ke arah pintu itu.

"Eh, Kak Ari dah bangun." Sapa Diane Melina, mesra.

Dulang yang ditantang dibawa masuk ke dalam bilik dan diletakkan di satu meja kecil yang ada disebelah katil Ariana.

Ariana tersenyum tipis. Tak perlu tanya dia di mana, dia masih ingat dia datang ke rumah Daniel.

Dalam hidup ni, jangan jadi clichè sangat.

"Berapa lama akak pengsan?" Soalnya. Dia rasa macam sekejap je. Tapi tak tahulah kalau lama sangat.

"15 jam. Semalam akak pengsan pukul 10 lebih macam tu, bangun pukul 1 petang." Tak suruh untuk terangkan tetapi Diane tetap menerangkan.

Ariana mengangguk, faham.

"Daniel ada?"

Diane menggelengkan kepalanya. "Dia cakap dia ada hal. Tak tahulah bila dia balik."

Ariana meng'o'kan sahaja apa yang dikatakan oleh Diane.

"Kamu tak pergi sekolah?" Soal Ariana, hairan. Yalah, Diane baru berumur 16 tahun, maksudnya dia masih bersekolah. Hari ini pun merupakan hari sekolah. Kenapa dia tak pergi sekolah, kan?

"Tak. Abang suruh jaga Kak Ari. Dia tak nak tinggalkan Kak Ari sorang-sorang dekat rumah." Ariana mencebikkan bibirnya.

Jaga dia macam jaga budak kecil pula!

"Oh yea, nah Kak Ari. Sup ayam yang abang buat. Tak tahu sedap ke tak. Abang tak bagi rasa. Dia cakap khas untuk akak je." Diane menjuihkan bibirnya.

Apa-apa fasal Ariana pasti akan menjadi special. Ini adik dia ni pun boleh jealous sebab layanan berbeza!

Semangkuk sup ayam dihulurkan kepada Ariana bersama satu sudu sup.

Ariana mengambil sup ayam itu dengan berhati-hati kerana masih panas.

Kuah sup itu diambil sedikit dan dihirup dengan perlahan-lahan.

Ariana tergamam seketika.

"Eh, kenapa kak? Tak sedap ke?" Kalut Diane menyoal. Kalau abang dia buat tak sedap, memang abang dia akan makan pelangkung dia nanti!

Ariana tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya. "Bukan tak sedap. Tapi sedap sangat." Ujarnya.

Dia meneruskan suapan sup itu. Diane tersenyum melihat telatah Ariana.

Daniel pernah cerita dekat dia tentang Ariana. Tapi tak semua perangai Ariana, abangnya ceritakan. Kebanyakkan yang diceritakan adalah Ariana seorang yang beku.

Itulah fasal dia berasa agak gerun nak berjumpa dengan Ariana. Entah-entah kena makan nanti. Mahu kecut perut dia!

Tapi tak sangka pun Ariana seorang yang periang dan easy-going. Sangat lain dari apa yang diceritakan oleh Daniel.

Ini satu lagi masalah abangnya. Suka sangat menakutkan adiknya sendiri!

"Abang dah balik." Laung Daniel dari luar.

Terhenti suapan Ariana. Dia meletakkan mangkuk dan sudu sup itu ke dalam dulang semula.

Diane segera keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

"Ari dah bangun?" Diane membuat muka cemberut.

Dalam banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang ditanya oleh Daniel. Apalah nasib badan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now