HS-75

2.8K 157 16
                                    

Ahli kumpulan Dark Shadow bersiap sedia dengan senjata mereka.

Sebilah pisau disisipkan dipinggang masing-masing begitu juga dengan sepucuk pistol.

Beberapa butir peluru sudah pun diisikan. Afiq sempat trace kedudukan Lucas.

Disebuah bangunan di dalam hutan.

Tak ada tempat yang klise lagi selain tempat sebegitu.

Melvin memandang sekeliling sambil mengikat rambutnya tinggi. "Mana Haziq?"

"Dia cakap jumpa dekat sana." Balas Eve.

Melvin meng'o'kan sahaja.

Eve sudah dimaklumkan dengan segala maklumat yang telah diperoleh. Disebabkan mereka membuat keputusan untuk 'menyerang' markas itu pada waktu malam, dia pun sertai misi mereka sekali.

Quin mencapai leather gloves yang disimpan di atas rak hiasan. Dia memerhati segenap ruang, mencari topinya.

"Weh, mana topi aku?"

"Topi Daniel tu eh? Ada sebelah Lucy sana."

Mendengar namanya diseru, Lucy segera mencampakkan topi Daniel ke arah Quin.

Cekap Quin menyambut.

Topi itu diletakkan diatas kepala. Menutup dahinya.

Mask hitam dipakai. "Jom." Ajaknya.

Keenam-enam anak buahnya memasuki kereta dia dan Eve. Menuju ke destinasi seterusnya iaitu sebuah hutan dihujung bandar.

.........

"Matikan semua Cctv system, then join kitorang." Arah Quin.

Afiq mengangguk faham. Dengan tangkas dia dapat mematikan semua Cctv yang ada dalam markas tersebut.

Pistol yang disimpan di dalam beg galasnya diambil. Laptop disimpan ke dalam beg dan dia mengekori langkah Quin.

"Eve, Lucy macam biasa. Kalau ada apa-apa nanti aku inform." Beritahu Quin.

Earpiece yang elok melekat di telinganya dikemaskan. Eve dan Lucy memanjat sepohon pokok yang redup berdekatan sebuah tingkap yang berada di tingkat atas bangunan itu.

Tak dapat dikenal pasti bilik apa.

Silencer dipasangkan pada pistol masing-masing. Jika kecemasan, memang silencer itu diperlukan.

"Remember, no senjata unless diorang mulakan." Sebagai ketua kumpulan, Quin mengingati anak-anak buahnya.

Semua faham.

Mereka bertujuh mendekati pintu utama. Pelik, tak ada orang yang menjaga.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Masih tiada orang.

"Betul ke markas ni, Quin?" Bisik Melvin di sebelah.

"Yes, dalam Cctv nampak macam ada orang. Mungkin di tingkat dua." Balas Quin dalam suara berbisik juga.

Belum sempat mereka melangkah, tiba-tiba sahaja ada seseorang yang mendekati bersama pistol di tangan.

"Who are you?" Keras dia bertanya. Nampak gayanya suara dia sengaja digaraukan.

"We're under PDRM." Balas Mikael bersama aura tegasnya.

Mendengar sahaja nama PDRM, lelaki itu segera menyerang mereka bertujuh.

Tak lama kemudian, datang lagi beberapa orang yang menyerang hendap mereka.

Lincah mereka berlawan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now