HS-23

2.9K 173 14
                                    

"Squad berdiri dalam barisan dalam kiraan lima!"

5
.
.
.
4
.
.
.
3
.
.
.
2
.
.
.
1

Haziq mula countdown. Semua ahli pasukan Kadet Polis sudah masuk ke dalam barisan.

Masuk lambat karang, memang kena turun 30. Seksa wey..

"Harini, kita ada 2 ahli baru. Tak kenal mereka maka korang noob." Semua hanya mengangguk.

Faham sangat siapa tu. Siapa lagi kalau bukan kembar?

"Tapi.. ingat tak aku buat apa before officially join this uniform?"

"A physical test. A kawad test." Balas salah seorang pelajar lelaki dalam lingkungan pelajar tingkatan empat.

"Okay so, lets watch a free show! Both of you, come here." Dengan malasnya Ariana dan Alicia keluar daripada barisan.

"Is it a must?" Soal Alicia. Sumpah dia tengah malas.

"Yes." Sepatah. Sepatah perkataan yang mampu membuatkan Ariana menjengilkan biji matanya.

"We will start with a basic rules. After that, lets the game begins."

Ariana dan Alicia berdiri dalam posisi senang diri. Menunggu arahan.

"Squad, squad sedia!" Hentakkan padat kedengaran. Posisi kaki 90° yang tersangatlah kemas.

Tiada langsung bunyi yang hancur. Ajaibnya, hentakkan mereka serentak!

Haziq kagum seketika. Arahan demi arahan diberikan.

Namun tiada satu pun yang salah. Semuanya tepat dan kemas.

The game, begins.

"Squad, menghadap ke hadapan kiri sing!"

"Arahan salah encik!" Serentak lagi. Sekali lagi Haziq menjadi kagum.

Tak percaya kembar dua orang ni memang berdisiplin dalam aktiviti Kadet Polis.

Bermula dengan hentakkan 5 kiri dan 5 kanan. Sehingga hentakkan 30 kiri dan 30 kanan, hentakkan mereka masih kemas.

Ahli Kadet Polis yang lain terpegun seketika. Tiada langsung rasa penat lelah mereka berkawad.

Tidak pernah salah seorang daripada mereka kena 'denda' sampai 30 kiri dan 30 kanan. Paling teruk pun 20 kiri dan 20 kanan.

Wow!

"Ariana Evelyn, turun 20. Siapa suruh termenung?" Ariana bingung. Aih, sejak bila dia termenung?

"Bukan bahu dia berbalut lagi ke?" Kedengaran bisikan seorang pelajar perempuan dari dalam barisan.

Haziq tersedar sesuatu. "Eh, tak perlulah."

Ariana naik hairan. Tadi paksa suruh buat, tiba-tiba tak jadi. "Bahu kau bukannya baik lagi." Ujar Haidar dari belakang.

Gadis itu menjeling Haziq dan Haidar silih berganti. Sikit-sikit bahunya, sikit-sikit bahunya.

Ingat dia lemah sangat ke?

Dia mendengus geram. Posisi tekan tubi terus dilakukan. Kita tengok, manusia yang tengah sakit bahu ni noob sangat sampai tak boleh buat kerja ke?

Gadis itu membuat tekan tubi. Dahinya berkerut seketika. Sakit.

Haziq menggigit tepi bibirnya. Rasa bersalah sebab suruh dia buat. Gadis didepannya ketika ini pantang dicabar.

Hidden Secret [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon