HS-63

2K 146 12
                                    

Seminggu telah berlalu sejak peristiwa di Kem Janda Baik, Bentong, Pahang.

Ariana masih lagi berperangai biasa walaupun dia sakit hati dengan Irfan.

Dengan Irfan sahaja dia tidak bertegur siapa.

Manakala Alicia pula, sikapnya menjadi seperti Ariana ketika dahulu. Dingin, beku, susah nak ketawa, susah nak senyum.

Personaliti dia dan Ariana bagaikan bertukar.

Gadis itu juga mengambil keputusan untuk menjarakkan diri dengan semua orang.

Kadang sahaja dia bercakap dan menanyakan soalan. Fasal kelas tambahan Additional Mathematic, dia mengajar seperti biasa tapi sengaja dia menukar hari. Tak mahu sama dengan Irfan.

Tamat sahaja sesi persekolahan pada hari itu, Alicia mengambil beg sandangnya.

Keluar dari blok kelas dan menuju ke garaj kereta.

Leka dia berjalan di kaki lima, tiba-tiba sahaja laluannya dihalang oleh seseorang.

Dia mendongakkan kepala. Melihat si gerangan.

Segera mukanya bertukar ekspresi. Daripada tak ada perasaan kepada muka ketat.

Tangan kanannya mengemaskan pegangan pada tali beg sandang yang disandang pada bahu kanan.

Dia berura-ura untuk meninggalkan gerangan itu. Tak ada masa untuk melayan.

Baru selangkah dia ingin berpatah balik, lengannya digenggam erat oleh gerangan itu.

Terhenti kaki gadis itu dari terus melangkah. "What?" Deep dan dingin suara Alicia bertanya.

"I'm sorry."

Alicia diam. Tidak menjawab. Dia mahu gerangan itu meneruskan kata-katanya.

"I didn't mean to break your heart. All those things happened were her plans."

Masih tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Hatinya masih lagi keras untuk membalas apa-apa.

"Dia ugut aku, the day before those cringe scenes happened."

Irfan diibaratkan bercakap dengan tunggul kayu. Ada disitu tapi sepatah apa pun tidak bercakap.

Macam patung cendana pun boleh jadi!

"Don't you believe me?" Sayu Irfan menyoal. Baru seminggu lebih mereka berenggang. Takkanlah dah tak percayakan dia?

Tak, seminggu lebih itu bukan 'baru'. Dalam masa seminggu, apa-apa sahaja boleh terjadi.

Hati manusia pun boleh berubah.

Alicia memandang mata Irfan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bercakap, mulutnya dikatup semula.

Dia biarkan soalan itu menyepi dan pergi meninggalkan Irfan.

Kunci kereta dibuka. Beg sandang diletakkan di sebelah tempat pemandu.

Enjin dihidupkan. Kereta dikunci dan dia memecut meninggalkan kawasan sekolah.

Irfan terdiam melihat perubahan sikap Alicia yang mendadak.

Dan semestinya dia terkesima kerana Alicia langsung tidak bercakap dengannya.

Terlalu berdendam. Atau boleh dikatakan, terlalu kecewa dengan sikapnya sendiri.

Keluhan dilepaskan. Nampaknya, dia perlu cari cara lain untuk memujuk Alicia Ryn Evelyn.

Itupun kalau gadis itu terpujuklah.

Hidden Secret [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora