HS-11

3.3K 186 0
                                    

Rambutnya yang panjang mengurai dicengkam kasar. Serabut. Rasa macam nak lempar semua benda.

Kata-kata daripada Encik Afif terimbas kembali. Termasuk nightmare tadi.

"Ini dah masuk kali ketiga kamu buat perangai, Ariana. Kamu nak saya bagitahu pengetua atau kamu nak berdamai dengan semua orang? Termasuk Natasha?" Tegas Encik Afif.

"Atau, suruh dia jadi pengawas. Cuba pegang tanggungjawab. Nanti ubahlah tu perangai. Lagipun, dia dah ada pengalaman kan?" Cadang Haziq.

Eh sibuk je mamat ni nak masuk bilik disiplin sekali. Sudahlah bagi cadangan yang langsung tak masuk akal.

"Shit! Memang taklah aku nak berdamai dengan semua orang. Jumpa pengetua bukannya aku kesah tapi nanti parents pergi sekolah pula. Frust!" Badannya dihempas ke atas katil.

"Jadi pengawas lagilah tak nak aku. Tapi, macam mana Haziq boleh tahu yang aku dah ada pengalaman? Aku dah tinggalkan position tu bertahun dah. Dasar stalker tak guna." Gumamnya.

'Sejak bila kau kesah pasal denda ni, Ariana? Bukan kau buat tak kesah ke selalu?' Hatinya berkata.

Ariana diam. Ada betulnya kata-kata dari hati tu.

Mukanya diraup. "Inilah sebab kenapa aku benci sangat nak tukar sekolah! Sekolah dulu elok-elok je boleh langgar peraturan. Sekarang macam haram. Lagi-lagi bila wujudnya ketua pengawas yang kerek nak mampus! Dia jadi bad boy tak apa pula. Fuck!" Bebel Ariana.

Tiba-tiba sahaja handphone miliknya berdering minta diangkat. Tangannya mencapai handphone yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil dengan malas.

Nama si pemanggil langsung tidak dipandang.

"Hello." Sapa Ariana dahulu. Apabila mendengar balasan dari si pemanggil, gadis itu mengalihkan handphone miliknya untuk melihat nama si pemanggil.

Dia kembali melekapkan handphone nya pada telinga. Keterangan dari si pemanggil membuatkan kepala gadis itu terangguk.

"Okay, aku sampai dalam masa 10 minit." Panggilan dimatikan.

Dia bangun dari katil dan bergerak ke arah almari miliknya. Jaket kulit berwarna hitam dikeluarkan. Jaket itu disarung pada badannya.

Getah rambut diambil dan dia mengikat rambutnya secara high ponytail.

Kunci superbike miliknya dicapai berserta handphone dan jam tangan. Pintu bilik dikuak dan dikunci.

Jam tangan dikerling sekilas. Pukul 9.00 malam. Kelibat Alicia yang baru keluar dari bilik dengan berpakaian hampir sama sepertinya dipandang.

Jaket kulit berwarna merah elok sahaja tersarung pada badan gadis itu.

"Let's go."

Langkah diatur menuruni anak tangga. "Mama, kitorang keluar kejap. Pukul 11 nanti kitorang balik." Laung Alicia dari ruang tamu.

Datin Daniella hanya mengangguk. Walaupun anak-anaknya langsung tak bagitahu mereka hendak ke mana, dia sudah tahu jawapannya.

Bunyi enjin motor superbike milik mereka memecahkan kesunyian pada malam itu.

Mereka menyusuri jalan yang agak lenggang pada waktu malam menuju ke satu tempat.

............

Irshad Haziq termenung di beranda rumah miliknya. Kepala didongakkan memandang langit yang terbentang luas.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now