HS-9

3.3K 206 1
                                    

Kereta dikunci. Bajunya dikemaskan dahulu sebelum kakinya melangkah ke dalam shopping mall. Dia dan Alicia pergi berasingan. Atas permintaan dia juga.

Topi yang berada dikepalanya di betulkan bagi menutup separuh daripada mukanya. Hood hoodie dinaikkan. Tangannya diseluk ke dalam poket hoodie.

Langkahnya diatur menuju ke sebuah kafe. Minum petang dahulu baru bertemu dengan misteri tu.

Dia mengambil sebuah tempat duduk yang agak tersorok dalam kafe tersebut. Hood hoodie diturunkan. Hanya tinggal topi yang dipakai.

Setelah dia memesan minuman, telefon dikeluarkan dari kocek seluar.

"Misteri tu siapa eh agaknya?" Dia menyoal dirinya sendiri.

Matanya beralih ke arah luar tingkap kafe. Biji matanya tertancap pada figura seseorang.

Pelik. Dia rasa agak pelik.

"Takkanlah jumpa dia kot." Topi dikepalanya, diturunkan lagi.

Caramel Latte yang dipesannya sudah sampai. Dia menyisip sedikit air itu.

Tangannya ligat scroll feeds Instagram miliknya. Dia menangkap gambar Caramel Latte lalu dihantar pada Instagram Story.

Tanpa apa-apa caption, dia terus hantar.

"Ariana!" Dengan sepantas kilat, Ariana terus berpaling ke arah suara tersebut.

Tiada. Tiada sesiapa.

Ariana diam. 'Hayalan je kot.' Bisik hatinya.

Dia membuka aplikasi WhatsApp untuk menjawab mesej rakan-rakannya.

"Ariana....." Lagi sekali. Ariana meliarkan matanya untuk mencari siapakah gerangan yang memanggilnya.

Namun, tiada siapa yang dia kenali.

"Ariana......"

"Jangan ganggu aku lah setan!" Bisik Ariana keras. Seram? Ya, dia agak seram kerana tempat yang dia ambil sekarang di bahagian yang agak tersorok.

"Ariana..."

"Kau nak apa?!" Makin sakit hati Ariana jadinya.

Bunyi tersebut terus hilang. Dia mengeluh. Caramel Latte diminum sehingga habis.

Dia terus melangkah keluar daripada kafe tersebut. Menyeramkan.

Restoran Seoul Garden di masuki. Matanya meliar mencari tempat duduk yang kosong.

Memandangkan dia tidak tahu siapa yang memberikannya surat tersebut, lebih baik dia yang menunggu.

"Saya nak order Kimchi Bokkeum Bap , jus oren dan Spinach Namul. Thanks." Pelayan tersebut terus beredar.

Ariana melilau sekeliling restoran tersebut. Cantik. Design modern yang digabungkan dengan classic. Nampak elegant. Sesuai untuk orang Korea.

"Kenapalah si sender tu suruh aku datang kedai Korea. Aku manalah suka drama Korea. K-pop lagilah tak. Aku tahu fasal Korea sikit-sikit je." Bebel Ariana.

Itupun nasib dia pernah makan kimchi dan kimbab yang dibawa balik oleh ayahnya dahulu. Jadi tak rasa kekok sangatlah nak makan makanan Korea.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Ariana terus mengangkat muka memandang lelaki yang berada dihadapannya.

Matanya terbeliak.

"Kau buat apa dekat sini?" Ariana hampir terjerit.

Lelaki itu meletakkan jari dibibir, menyuruh gadis didepannya, diam. "Akulah sender surat tu."

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now