HS-39

2.2K 136 1
                                    

Sebuah rumah banglo sederhana di hadapannya ditenung lama. Dia sudah lama tak berkunjung ke situ sejak ada orang menghuninya.

"Nak buat apa dekat sini?" Soal Ariana setelah dirinya keluar dari kereta.

Alicia berlalu dan membuka bonet kereta miliknya untuk mengambil beberapa barangan keperluan yang telah dibelinya beberapa hari yang lalu.

"Alicia, I asked you." Bengang dirinya apabila orang bertanya tapi tak reti nak jawab.

"Ah, sorry. Aku nak perkenalkan kau dengan penghuni rumah ni."

"Aunty yang kau tolong tu, eh?" Ariana pergi ke bonet kereta Alicia untuk membantu adiknya mengambil barangan.

"Haah." Dia berdiri dihadapan pintu pagar dan terus memberi salam.

Seorang wanita yang berada dalam lingkungan usia 40-an keluar daripada rumah banglo tersebut.

Dia membuka pagar bagi membenarkan kedua gadis kembar itu masuk ke dalam rumahnya.

"Kereta kamu tu, nak tinggalkan kat luar ke?" Soal wanita itu.

"Eh tak apa, aunty. Sekejap je ni."

Punat pada kunci kereta ditekan untuk mengunci kereta mereka.

Mereka melangkah masuk memasuki kawasan rumah itu.

Kesemua barangan dapur diletakkan di dapur. Mereka kembali ke ruang tamu setelah selesai meletakkan semua barang.

"Banyaknya barang kamu bawa. Tak apa ke?" Soal Puan Zaleha.

Iyalah, dia takut membebankan sahaja. Lagipun kedua gadis itu masih berada di alam persekolahan.

Mereka mana ada kerja untuk tanggung hidup. Takut ibu bapa kembar itu memarahi mereka sahaja.

Puan Zaleha tak nak disebabkan dia, kembar tu kena marah.

"Tak apa. By the way aunty, ni kakak kembar saya. Boleh panggil dia Ariana." Ariana bangun dan menyalami tangan Puan Zaleha setelah Alicia melakukan sedemikian.

"Muka kamu berdua hampir samalah. Agak susah untuk bezakan."

"Senang je nak bezakan. Alicia punya lesung pipit lagi dalam daripada Ariana dan Ariana lebih tinggi daripada Alicia. Lagipun, pengayaan harian kitorang berbeza." Terang Alicia ringkas.

Ariana tidak membuka mulut kerana dia berasa agak janggal sekarang ni. Jaranglah dia nak berborak elok-elok dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Lagi-lagi kalau orang tu hanyalah stranger kepadanya.

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 3 tahun berlari ke arah ibunya.

Kanak-kanak lelaki itu memanjat sofa dengan berhati-hati. Dia tersenyum gembira apabila dia berjaya memanjat sofa itu tanpa perlu mencubanya banyak kali.

"Ibu, ibu.. itu Kak Licia kan?" Jari telunjuknya menunjukkan ke arah gadis yang tidak mengikat rambut.

Puan Zaleha segera mengangguk sebagai jawapan.

Kanak-kanak itu mulai turun semula daripada sofa dan berjalan terkedek-kedek ke arah Alicia.

Dia memanjat sofa yang diduduki oleh Alicia dan Ariana. Ariana mengesotkan sedikit untuk memberi ruang kepada kanak-kanak itu memanjat.

Kanak-kanak itu tergelak kecil apabila dia selamat memanjat sofa. Alicia hanya tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu.

"Hai Kak Licia! Nama saya Luthfi Harraz." Katanya bersama pelat R. Tidak lupa juga dia melambai ke arah Alicia.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now