HS-48

2.1K 120 1
                                    

Bagasi hitamnya ditutup setelah selesai mengemas semua barangnya.

Dia menutup pintu bilik dan bergerak turun ke ruang tamu.

Matanya melilau mencari kelibat Ariana dan Alicia. Tak ada. Kembar berdua tu tak ada di ruang tamu.

"Mama, Ari dengan Licia pergi mana?'" Laungnya mengharapkan Datin Daniella membalas.

"Licia dalam bilik dia, Ari keluar jumpa kawan." Sahut Datin Daniella dari luar rumah.

Wanita itu sedang menyiram pokok bunga.

Arish melangkah naik ke tingkat atas semula. Mencari kelibat Alicia disebabkan Ariana tiada di rumah.

Pintu bilik adik bongsunya diketuk terlebih dahulu.

"Siapa tu?" Soal Alicia dari dalam. Matanya tak lekang dari menghadap komputer.

"Arish."

"Masuklah, pintu tak kunci." Pintu kayu berwarna putih itu dikuak.

Tersergam indah dekorasi bilik Alicia yang tidaklah seberapa besar jika dibandingkan dengan bilik Ariana.

Tetapi dekorasi bilik itu sangat cantik. Warna putih yang dicampurkan dengan warna kelabu dan silver menambahkan seri bilik itu.

"Licia buat apa?" Arish mengambil tempat dibirai katil.

Sebiji bantal yang ada diatas katil adiknya diambil dan dipeluk. Terlalu banyak bantal yang ada.

Berdasarkan fakta, orang yang tidur dengan banyak bantal ni hati dia lembut dan personaliti dia agak sensitif.

Dan berkemungkinan besar, Alicia Ryn Evelyn mempunyai personaliti seperti yang dikatakan.

Cuma dia yang menyembunyikan semua itu.

"Siasat benda."

Arish meng'o'kan sahaja apa yang dikatakan oleh Alicia. Dia kan sudah tahu sepenuhnya tentang kerja kembar tu.

Jadi tak pelik kenapa kembar tu sibuk semacam.

"Kenapa Arish datang bilik Licia ni?" Soal Alicia mengenangkan tiba-tiba sahaja Arish masuk ke dalam biliknya.

"Oh, Arish lupa nak cakap. Esok Arish pergi Melaka. Ada pertandingan. Wakil sekolah."

Alicia menganggukkan kepalanya. "Arish sorang?"

"Taklah. Arish, Irfan, Ilmyra dan Ivy."

"Ivy form 3, kan? Dia sorang je?" Soal Alicia hairan. Selalunya jaranglah cikgu ambil wakil seorang diri dari tingkatan yang berlainan.

Nanti kesian orang tu kesunyian. Tak ada orang yang boleh lepak.

"Haah. Cikgu pilih dia untuk presentation. Dia pun memang lancar je dengan tajuk spontan."

Alicia tidak membalas. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.

"Okaylah, Licia sambunglah buat kerja. Arish keluar dulu." Tanpa menunggu balasan daripada Alicia, dia keluar daripada bilik adik bongsunya.

Bunyi katukan pintu membuatkan Alicia berpaling seketika.

"Taklah. Arish, Irfan, Ilmyra dan Ivy."

Dia teringatkan kembali kata-kata Arish. Irfan. Irfan pun turut sertai dalam pertandingan yang dia sendiri pun tak tahu pertandingan apa.

Tak tahu kenapa tapi hatinya rasa berat sahaja ingin menerima hakikat Irfan tak akan ada di sekolah buat sementara waktu.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now