HS-2

4.3K 240 7
                                    

Matapelajaran pertama bermula. Suasana masih sunyi seperti tadi. Cikgu yang mengajar dihadapan,di pandang bosan.

"Aku bosan." Ariana mengeluh. Selama dia bersekolah dahulu, mana pernah dia fokus dalam kelas.

"Harini first day. Jangan buat perangai lagi. Nanti dah lama sikit,baru kita start. Okay?" Ariana hanya mengangguk mendengar kata-kata adiknya.

Haziq yang dari tadi mendengar perbualan mereka,mengangkat tangan.

"Ya,Haziq. Ada masalah?" Haziq mengukir senyuman sinis.

"Ariana dan Alicia berborak di dalam kelas, cikgu." Ariana dan Alicia menjeling ke arah Haziq.

Fikir mereka takut?

Madam Hafizah selaku cikgu Fizik memandang ke arah kembar itu. "Ariana, Alicia, semasa saya mengajar, jangan bercakap."

Kembar itu memandang Madam Hafizah dengan muka tiada riak. Angguk pun tidak, geleng lagi lah tidak.

Guru Fizik tersebut sambung mengajar. Mereka berdua mengeluarkan satu buku nota dan sebatang pen.

Musuh pertama di East Star High School, Irshad Haziq.

Itulah apa yang ditulis dalam buku nota mereka.

...........

Loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Pelajar 5 Pearl berdiri dan mengucapkan terima kasih.

Mereka semua berpusu-pusu keluar daripada kelas. Ariana dan Alicia mengemaskan alat tulis mereka. Buku teks bahasa Inggeris disimpan.

"Nak pergi mana dulu?" Ariana berdiri.

"Makan dulu. Lepastu baru ambil buku teks seterusnya." Alicia turut berdiri.

Mereka berjalan keluar dari kelas. Baru sahaja setapak mereka keluar, ada beberapa orang pelajar lelaki menyerbu mereka.

"Hye." Sapa salah seorang pelajar lelaki itu.

Ariana memandang Alicia. Mereka tidak membalas sapaan pelajar lelaki tersebut.

Mereka berdua meneruskan langkah ke kafe sekolah. Seorang lagi pelajar lelaki menghalang laluan mereka berdua.

Ariana dan Alicia mendengus kasar. "What do you want,ha?" Orang tengah nak pergi kafe dengan tenang ada pula syaitan-syaitan yang mengacau.

"I want you." Selamba sahaja pelajar lelaki itu menjawab. Ariana dan Alicia menjeling mereka semua.

"Typical boys. Get out of our way!" Alicia sudah separa menjerit. Pelajar yang lalu-lalang dibiarkan.

"Nope until I get you." Lelaki itu sudah setapak ke depan. Ariana dan Alicia melangkah setapak ke belakang.

Bukan takut tapi tak mahu dekat dengan manusia yang muka je nampak baik, tapi hati tu hitam mengalahkan arang.

Ariana tergelak sinis. "In your dreams." Mereka berdua menolak kasar sekumpulan pelajar lelaki itu dan berjaya meneruskan langkah ke arah kafe sekolah.

"Evelyn twins!" Mereka abaikan panggilan pelajar lelaki tersebut.

"Aku ingat sekolah ni perangai baik je. Tak adalah nak ganggu orang. Tengok-tengok ada juga syaitan dalam sekolah ni." Alicia membebel tidak puas hati.

"Revenge?"

"Okay,on."

Kafe sekolah dimasuki. Suasana tiba-tiba sunyi. Semua orang diam. Ariana dan Alicia memandang mereka semua, pelik.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now