HS-28

2.7K 160 6
                                    

Beg sandang yang diletakkan di sebelah meja belajar dicapai. Kunci kereta yang tergantung elok di sebelah pintu bilik juga diambil.

Dia melangkah turun dan pergi ke dapur untuk bersarapan.

"Morning ma, morning pa." Sapanya sebelum mengambil tempat duduk disebelah Ariana Evelyn.

Arish Edrianne yang berada dihadapannya, dijeling. Dia mencapai senduk untuk mengambil nasi goreng yang dimasak oleh mama kesayangannya.

"Licia nak air?"

"Licia boleh tuang sendiri."

Ariana Evelyn yang baru sahaja meneguk air milo panas itu tersedak. Dia memandang wajah Alicia tidak percaya.

Ahli keluarganya yang lain terkejut mendengar respon daripada Alicia Evelyn.

Selalunya, anak bongsu itulah yang paling rapat dengan abangnya. Kenapa hari ni tiba-tiba jadi lain.

"Licia gaduh dengan Arish ke?" Soal Datin Daniella prihatin. Kadang-kadang, mood Alicia juga tidak menentu.

Sama je seperti kakak kembarnya itu.

"Tak adalah." Arish yang baru sahaja ingin menyuapkan makanannya, terus sahaja menjadi tergendala.

Beg sekolahnya dicapai. "Ah, mama, papa.. Arish pergi sekolah dulu lah." Tangan Datin Daniella dan Dato' Izham dicapai lalu disalam.

Dia terus ke pintu hadapan untuk memakai kasut dan mula bergerak pergi untuk ke sekolah.

"Betullah apa yang mama cakap tu. Kau gaduh dengan Arish kan?" Ariana mula membuat kesimpulan setelah melihat perubahan pada Arish Edrianne.

"Dengan abang sendiri pun nak gaduh. Bila lagi ni?" Sambung Ariana setelah Alicia lama berdiam diri.

Alicia masih diam. Dia sudah tiada mood untuk menjawab.

"Berbaik cepatlah, eh. Licia dah jadi biadap dengan Arish sebenarnya tadi." Tegur Datin Daniella.

Alicia Evelyn hanya menganggukkan kepala sahaja.

........

Zayra Ikha dan Alicia Evelyn beriringan berjalan untuk pergi ke kafe sekolah.

Mereka hanya berjalan berdua kerana Izzara dan Ariana sudah bergerak lebih awal daripada mereka.

Rancak sahaja mereka berborak ketika dalam perjalanan untuk ke kafe sekolah.

Sesekali hilai tawa kedengaran daripada mulut mereka berdua. Sumpah macam pontianak je.

Sesampai sahaja mereka di kafe sekolah, mereka terus mengorak langkah untuk membeli makanan.

Tak perlu nak cop tempat, Ariana dan Izzara sudah siap duduk di tempat mereka selalu makan.

Ikha dan Alicia mengambil tempat duduk dihadapan Ariana dan Izzara setelah selesai membeli makanan.

"Lepas ni, subjek apa duh?" Soal Izzara bagi memecahkan kesunyian yang menghimpit mereka berempat.

"Chemistry." Balas Zayra Ikha seringkas yang boleh.

Alicia yang terdengar perkataan tersebut rasa tercekik. Air minumannya segera dicapai.

Terkejut habis rakannya yang lain apabila melihat Alicia yang tiba-tiba kalut.

"Kau okay ke tidak ni?" Soal Izzara, hairan.

Alicia mengangguk sebagai balasan. Senyuman tipis diukir.

Ariana hanya memerhati sahaja tindakan Alicia. Satu keluhan dilepaskan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now