HS-32

2.6K 157 8
                                    

Mianhaee.. dah berbulan tak update hm 😔
______________________________________

Enjin kereta Audi A7 dimatikan. Bangunan yang berdiri gah dihadapannya dipandang.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin. "Kau berdebar ke?" Lelaki yang duduk disebelahnya, bertanyakan soalan.

Gadis itu merenung mata milik lelaki tersebut. "Bukanlah. Cuma aku takut diorang nak tarik kes ni for the second time."

Lelaki itu melepaskan keluhan. "Mungkinlah. Bukti kitakan dah hilang. Diorang pun mungkin akan putus asa juga nak cari bukti kita semula. Kau yang reti bab-bab hack ni pun tak boleh buat. Kau yakin ke diorang boleh buat?"

"Diam ah. Panas gila duduk dalam kereta ni." Gadis itu membuka pintu belah pemandu. Kakinya melangkah keluar. Begitu juga dengan rakan lelakinya.

Jaket kulit yang melekap elok dibadannya dikemaskan. Rambutnya yang diikat persis ekor kuda diketatkan.

Rakannya pula mencapai topi yang dia letakkan di dalam kereta. Topi itu dikemaskan di atas kepala.

Mereka menjejak kaki memasuki bangunan tersebut. Logo Polis Diraja Malaysia tersergam gah dihadapan bangunan tersebut.

Masuk sahaja mereka ke dalam bangunan tersebut, terdapat seorang lelaki yang menjaga bahagian pintu masuk.

Gadis itu dan rakannya menunjukkan identity card dan police card mereka pada lelaki itu. Mereka berdua dibenarkan untuk masuk.

Gadis itu melilaukan mata untuk mencari pejabat Inspektor Kamarul. Salah seorang inspektor yang sentiasa membantunya untuk menyiasat.

"Eh, Ariana! Kamu buat apa dekat sini?" Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an menegur Ariana.

Ariana berpusing memandang wanita itu. Tangan wanita itu disalam. "Saya nak minta pertolongan inspektor Kamarul. Puan boleh tunjukkan pejabat dia, tak?" Soal Ariana penuh sopan santun.

"Oh, boleh je. Mari ikut saya." Wanita itu membuka langkah dan menunjukkan Ariana dan Daniel jalan untuk ke pejabat Inspektor Kamarul.

Setelah 10 minit mencari pejabat Inspektor Kamarul, akhirnya mereka bertiga telah sampai. Ariana dan Daniel mengucapkan terima kasih kepada wanita tadi.

Wanita itu juga mempunyai jawatan sebagai inspektor. Wanita itu agak mengenali Ariana. Beliaulah yang selalu menegur Ariana jikalau Ariana menjejakkan kaki ke ibu pejabat polis itu.

Ariana mengambil nafas terlebih dahulu sebelum mengetuk pintu kaca yang ada dihadapannya.

Pintu itu dibuka setelah diberikan kebenaran untuk masuk. Salam diucapkan.

Inspektor Kamarul yang ralit menyiapkan laporan siasatannya memandang kedua remaja yang memasuki biliknya.

"Oh, Ariana dan Daniel. Duduklah." Arah Inspektor Kamarul. Kedua remaja itu mengambil tempat duduk dihadapan Inspektor Kamarul.

"Maafkan kami sebab menganggu tuan."

"Eh, tak mengapa. Laporan saya dah nak siap ni. Kamu berdua kenapa datang ni? Ada apa-apa masalah ke?"

Ariana memandang Daniel terlebih dahulu. Dia cuba untuk mencari kekuatan untuk bercakap dengan polis yang berjawatan inspektor dihadapannya itu.

"Sebenarnya, ada satu rakaman CCTV yang merupakan satu petunjuk atau bukti untuk kes yang masih lagi kami siasat. Cumanya, rakaman CCTV itu hilang. Setelah disiasat, ada orang yang telah menggodam laptop milik saya dan membuang rakaman CCTV tu. Saya nak minta tolong tuan untuk bantu saya mencari siapa yang menggodam laptop saya, boleh?" Kedua tangan Ariana disatukan.

Hidden Secret [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن