HS-31

2.7K 141 0
                                    

Seorang gadis yang berpakaian serba hitam dan dilengkapi dengan sebuah senjata canggih memasuki sebuah bilik yang turut dilengkapi dengan alatan canggih.

Derapan kasut tumit tingginya jelas kedengaran disetiap sudut bilik itu.

Suasana yang agak malap itu agak menyukarkan dirinya untuk berjalan.

Tapi, dia masih bergerak dan berjumpa dengan seorang lelaki yang turut sama memakai pakaian serba hitam.

Nak jadi hantu kot :)

"So, any update?" Lelaki itu terus memusingkan kerusinya bagi menghadap gadis tersebut.

Satu senyuman sinis terukir dibibir gadis itu. "Nothing. Just wanna say, congrats. You did a good job, bro!"

Tawa jahat mulai memenuhi bilik itu. Gadis itu mengambil tempat disebelah lelaki tersebut.

Tangannya mencapai segelas orange juice yang telah dicampurkan dengan sedikit white wine.

Dia menyisip air itu sedikit. "What if, that girl can detect the phone's location?"

Soal gadis misteri itu, curiga. Lelaki dihadapannya hanya tersenyum. "Don't worry, baby girl. I dah letak phone tu far away from this country. As if she can detect the location, it's not in this country. And if she wants to go there by flight, how 'bout we put a bomb on her flight?"

Sebelah kening dijongketkan. Gadis itu tergelak halus. Dirinya mendekati lelaki tersebut. Satu kucupan dihadiahkan pada pipi lelaki itu.

"What a nice idea, boo."

"Well, it's my plan. Wants to celebrate?" Segelas red wine diangkat tinggi.

Gadis itu turut mengangkat gelas jus orennya.

"Cheers." Mereka meraikan kemenangan mereka dengan gembira sekali.

............

Kakinya melangkah longlai melalui kaki lima itu. Buku teks biologi didakap kemas dalam pelukan.

Mulutnya ditutup kerana menguap. Matanya sesekali dikelipkan supaya rasa mengantuk dapat dihilangkan.

"Kau tak cukup tidur ke, Izz?" Soal Ikha prihatin. Dia pun turut sama mengantuk apabila daripada tadi lagi dia melihat Izzara menguap.

Aura mengantuk dia tu pergh. Kuat gila.

"Aku bersengkang mata nak siapkan homework biology semalam tau. Kalau ditakdirkan harini Madam Helena tak ada dalam makmal, memang aku mengamuk." Ujar Aishy Izzara.

Alicia yang berada dihadapan mereka memusingkan badan. "Itulah kau, homework kelmarin yang cikgu bagi, baru nak buat semalam. Kan dah kalut."

"Lek jap. Kau siap ke?"

"Siap."

"Ariana?" Ariana Evelyn yang mendengar namanya disebut terus menghentikan langkah. Badannya dipusingkan.

"Siap. Sikit." Dia menghadiahkan satu senyuman yang tidak ikhlas dan terus melangkah masuk ke dalam makmal Biologi.

Izzara ternganga. "Budak tu memang berani." Ikha tergelak kecil.

Macamlah tak tahu perangai rakannya seorang itu.

Memang berani mati punyalah kalau tak siapkan homework. Kena denda pun dia buat bodoh je.

Biarpun diri tu pengawas sekolah.

Syed Naufal Shah berdiri dihadapan pintu makmal dan melihat beberapa rakan sekelasnya yang sudah mengambil tempat di dalam makmal.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now