HS-10

3.3K 203 4
                                    

Media; Paris Berelc as Aishy Izzara

______________________________________

Zayra Ikha memandang hairan ke arah kembar yang berada di hadapannya. Sejak pagi tadi lagi, mereka langsung tidak mengeluarkan satu suara.

Yang membuatkan ia lagi pelik, mata Ariana agak sembab manakala Alicia tidak.

Makanan yang ada dihadapan mereka juga hanya dikuis. Langsung tidak menyuapkannya ke dalam mulut.

"Ariana, kau okay ke tidak?" Soal Ikha.

Tiada sahutan.

"Ariana, sudah-sudahlah tu kuis makanan kau. Jangan main dengan rezeki. Makanlah. Waktu rehat dah nak habis." Langsung tiada gerak balas dari Ariana.

Ikha diam sejenak.

"Lantak kau lah, Riana."

Ariana diam. Dia masih tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

Tiga hari berturut-turut air matanya tidak henti-henti keluar. Mana mungkin dia tidak penat.

Pinggan ditolak ketepi. "Aku tak ada selera. Bye." Ariana terus bangun dari duduknya.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah,

"Sekolah ni ada peraturan, cik Ariana. Lepas makan, pinggan pergi letak dalam besen sana." Sinis sahaja perkataan itu keluar daripada mulut Aryan Haidar.

"Like I care." Ariana terus berlalu pergi. Suka sangat kacau mood orang.

Ikha dan Izzara memandang pemergian Ariana. "Kenapa dengan kau? Dari tadi diam je. Ariana tu pun, kenapa?" Soal Izzara bertubi-tubi.

"Aku tak ada mood. Tu je. Ari tu, entahlah. Aku pun tak tahu. Dia langsung tak share problems dia dengan aku sejak, dua menjak ni."

"Dah try tanya dia?" Soal Ikha pula.

Alicia menggeleng. "Nantilah."

............

Tangan diseluk ke dalam poket blazer. Kakinya pula melangkah tanpa hala tuju.

Fikirannya melayang. Gadis itu langsung tidak menyedari haluan yang dia lalui sekarang.

"Ariana, stop!" Ariana terus berhenti apabila lengannya dipegang oleh seseorang.

Dia memandang tuan empunya tangan. "What do you want?" Soal gadis itu, dingin.

"We need to talk."

"Don't waste my time. Let me go." Lengannya direntap agar terlepas daripada pegangan lelaki itu.

"Just for a while. May you?"

"Haziq, go away!" Ariana mengangkat muka. Mata mereka bertembung.

Haziq terkaku. Dia menarik Ariana supaya lagi dekat dengannya. Dia menyentuh bahagian bawah mata milik Ariana yang mempunyai kesan sembab.

"Hye, girl, are you crying? What's wrong with you? Are you okay?" Soal Haziq, lembut.

Apa yang kau buat ni, Haziq. Kau sedar ke tidak?

Ariana menepis tangan Haziq. "Don't touch me. Leave me alone, please." Butang blazer miliknya kancing sampai paras atas.

Dia berlalu pergi. Meninggalkan Haziq yang agak terpinga-pinga.

Tanpa mereka sedari, ada beberapa orang yang melihat agenda tersebut. Perasaan benci mulai menjalar di dalam hati mereka.

...........

Hidden Secret [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora