HS-24

2.9K 177 4
                                    

"Aunty kemas-kemaslah semua barang-barang ni. Aunty stay je dekat sini. Tak apa."

"Tapi adik, ni rumah siapa?" Soal Puan Zaleha, aneh.

"Erm, ni rumah sayalah, aunty. Kan saya pegang kunci rumah ni, tadi."

"Parents kerja apa? Kayanya keluarga adik."

Alicia diam seketika. Malu sebenarnya nak bagitahu pekerjaan ibu bapanya walaupun pekerjaan mereka berdua boleh membuatkan seseorang itu riak. Iyalahkan, kaya.

"Alhamdulillah, kerja yang tetap dan bagus." Itu sahaja jawapannya. Masih malu.

Puan Zaleha hanya mengangguk. "Okaylah, saya balik dulu, aunty. Nanti parents risau balik lewat. Aunty boleh guna je mana-mana bilik dalam rumah ni. Assalamualaikum." Tangan Puan Zaleha dicium dan dia berlalu pergi.

Puan Zaleha tersenyum melihat perangai Alicia. Hatinya baik walaupun kaya. Dia langsung tak berlagak mahupun riak. Malah, tak malu untuk membantu orang yang memerlukan.

Inilah perangai remaja yang semua orang patut contohi.

.............

"Kenapa balik lewat, Alicia?" Soal Arish Edrianne sebaik sahaja Alicia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ermm.. Licia ada hal, tadi."

"Are you sure, Alicia?" Ariana yang baru sahaja menuruni tangga memandang mata adiknya, tepat.

Renungan tajam Ariana membuatkan kepala Alicia tertunduk. Takut.

"Can you please, tell us the truth?" Arish mula merayu. Alicia ni baik hati tapi dia jenis tak suka jujur. Kadang-kadang ada je benda nak elak.

"To be honest..."

"What?"

"Alicia tolong seorang aunty dengan anak dia dekat bus stop, tadi. Alicia kesian tengok dia, Alicia tolonglah dia. Bagi makan dan suruh duduk dekat rumah yang papa bagi dekat kita tu." Dengan terpaksa, Alicia menceritakan perkara sebenar.

Ariana yang masih bersandar pada dinding berdekatan tangga itu berdehem.

"Kau buat benda bagus kot. Jujur jerlah. Kenapa tadi takut-takut je?" Soal Ariana. Masih memandang mata Alicia, tepat.

"Aku takut, kau marah je. Kau tu kan panas baran."

"Eh budak ni. Buat apa aku nak marah kalau kau buat benda baik? Dapat pahala kot kalau aku sokong." Serentak itu, mereka berdua menjeling.

Arish menepuk dahi. "Sikit-sikit nak gaduh dua orang ni. Tak macam kembar pun."

"Biarlah!" Chemistry antara dua orang kembar itu memang kuat. Sama cakap pun serentak!

Alicia terus mendaki anak tangga untuk membersihkan diri manakala Ariana membuat haluan ke dapur untuk mencari makanan.

Datin Daniella yang memasak didapur hanya tersenyum mendengar pergaduhan kecil antara dua orang anak daranya.

Walaupun mereka sentiasa bergaduh, percayalah, mereka bergaduh kejap je. Selepas itu mesti diorang akan berbaik semula.

Tak boleh bergaduh lama-lama katanya. Nanti 'kerja' diorang tak akan selesai. Susah pula jadinya.

_________

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah dipandang buat kali ketiga. Dah berapa jam dia duduk dalam bilik semata-mata nak cari benda yang bukan ada kaitan dengan dia.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now