HS-14

3.1K 181 8
                                    

Kerusi plastik yang ada berdekatan ditarik lalu diduduk.

Bahu belah kanannya dipegang. Masih terasa sengal. Rasa macam nak patah je bahu tu!

Perutnya juga terasa senak. Terseksalah macam ni.

"Boss, are you okay?" Soal Daniel prihatin. Dia mengambil tempat disebelah Quin.

Quin hanya mengangguk perlahan. Dia tak mahu orang risaukan tentang kesakitan yang dia alami sekarang.

Melvin mendekati Quin dengan sebuah peti kecemasan yang dipegang kemas.

Hoodie milik Quin ditanggalkan dari badan. Hanya meninggalkan sehelai t-shirt berwarna hitam di dalam.

Peti itu dibuka dan dia mengambil instant ice pack lalu diletakkan pada bahu kanan Quin.

Terjerit kecil Quin jadinya. "Sakit sangat ke?" Soal Mikael pula. Dia memandang bahu milik Quin. Bengkak duh!

"Gila kau tak sakit. Kena pukul dengan kayu baseball kot." William pula yang menjawab. Bukan Quin.

Ini bagus....

"Aku tanya Quin, bukan kau. Quin kan kuat. Kalau kena dekat kau, memanglah kau sakit. Mana tahu Quin tak sakit sangat." Balas Mikael pula. Geram dengan sikap suka menyampuk William.

"Ni nak gaduh ke? Aku lempar ice pack ni karang. Biar beku muka tu." Marah Quin.

Mereka berdua terus mendiamkan diri. Gerun babe!

"Kau boleh balik sendiri ke ni, Quin?" Eve pula yang menyoal. Yelah, yang paling teruk kena tadi, Quin sorang jerlah. Yang lain kena tumbuk sikit je.

Tak sakit pun bagi diorang. Dah biasa....

"Boleh rasanya."

"Kau naik kereta kan?" Quin hanya mengangguk.

"Kau tak boleh drive sendiri. Nanti makin melarat bahu kau. Biar aku hantar." Daniel menyampuk perbualan Eve dan Quin.

Quin hanya diam. Tak membalas apa-apa.

"Jadi, kes ni dah selesai, kan?" Lucy cuba untuk mengubah topik. Selamatlah, sekurang-kurangnya kumpulan satu lagi tidak memusnahkan misi tersebut.

Semua mengangguk kecuali Quin.

"Tak." Terus semua berpaling memandang Quin.

"Ada seorang lelaki terlepas. Aku tak sempat nak kejar. Dia hilang macam tu je. Aku tak pasti dia dari group tu atau spy dari group lain." Membulat terus mata Afiq.

Macam mana dia tak boleh detect keberadaan lelaki yang terlepas tu. Mesti ada benda tak kena!

"Aku ada satu firasat, mengatakan yang dia tu actually tak ada masa kita tengah berlawan. Dia keluar masa semua dah selesai. Maybe, dia dari group lain." Jelas Melvin.

Tangannya ligat meletakkan ubat luka pada bahagian bengkak berdekatan bibirnya.

Melvin agak terkenal dengan sifat firasat yang kuat dan sentiasa betul. Mungkin ia kebetulan tetapi kepakarannya adalah menggunakan firasat dan dia kadang-kadang dipanggil 6th sense.

Quin diam sejenak. "I don't care who is him. The one that I care is, I hope he don't tell anybody about me. The real who am I. Kalau dia pecahkan rahsia aku, memang kerat 24 lah dia tu." Balasnya.

Anak buahnya sudah menelan air liur. Rasa kesat je wey! Gerun melihat muka bengis Quin. Sekali dia marah, nak legakan balik api kemarahan dia tu, menunggu lama lah jawabnya.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now