HS-13

3.1K 187 0
                                    

Media: Finn Harries as Arish
Edrianne
______________________________________

Pondok yang berdekatan taman sekolah menjadi tempat lepak mereka berempat.

Buku teks Sains dihempas kasar ke atas meja. Dia menongkatkan mukanya memandang rakan-rakannya.

"Why, babe?" Soal salah seorang rakannya.

Dia mendengus geram. "Aku dapat rasakan, Haziq and Arish suka Ariana! Eyyy...betina tu memang perampas eh!" Tangan digempal menahan marah.

"Itulah. Aku pun sama. Apalah yang betina tu buat sampai Haziq dan Arish tu suka dia. Guna sihir ke apa." Dhiya Andrea turut sama melepaskan geram.

Sudahlah hatinya sudah terpikat dengan Arish Edrianne. Tidak boleh dinafikan lagi yang Arish boleh membuatkan ramai pelajar perempuan cair!

Dengan suaranya yang serak-serak basah. Auch!

"Kita kena cari cara untuk memalukan diorang berempat supaya diorang tak rampas hak milik kita lagi." Fazreen Mary menyuarakan pendapat.

Yang lain menangguk. Sangat setuju!

Mereka semua mula memikirkan cara untuk menumpaskan kembar itu dan rakan karibnya.

Tiba-tiba sahaja Intan Erissa memetik jari. "I got an idea." Ucapnya. Senyuman sinis diukir.

"What is it?" Soal Natasha Mikayla tidak sabar ingin tahu.

"Cari spy dan suruh stalk diorang, kemana diorang pergi. Ambil gambar dan send dekat kita. Tempat-tempat yang diorang pergi, yang boleh menumpaskan diorang, kita jadikan sebagai bahan. On?"

Cadangan Erissa terus mendapat anggukan daripada Natasha Mikayla diikuti Fazreen Mary dan Dhiya Andrea.

Idea yang bernas!

"I'll find a spy, as soon as possible. Lagi cepat, lagi bagus. Boleh aku malukan diorang awal-awal." Tekad Natasha Mikayla.

Dia mengukir sebuah senyuman yang tersirat seribu satu makna.

Siaplah korang!

.............

"Perhatian kepada semua pelajar, bersempena kita dah nak masuk bulan Februari, kita akan menyambut satu program yang setiap tahun kita lakukan, iaitu English weeks programme. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman sesawang sekolah. Terima kasih."

Pengumuman yang dibuat itu membuatkan semua pelajar mula bersorak.

Tidak sabar untuk mengetahui aktiviti yang akan dijalankan bersertakan tema untuk English weeks programme. Selalunya aktiviti tersebut, menarik!

Irfan menyiku lengan Arish perlahan. "Hebat ah kau. Masuk-masuk je sekolah ni, terus ada program menarik." Sakat Irfan. Arish hanya tersengih.

Tak sangka, hajatnya untuk masuk ke sekolah tersebut pada hari ini, mendapat ganjaran. Ganjaran yang mampu buat semua pelajar gembira!

"Nanti, bila aku buka website sekolah, aku send dalam group kita eh! Bincang sama-sama nak pakai apa untuk majlis tu. Selalunya ada tema!" Teruja Izzara.

Siapa lagi kalau bukan Izzara kalau nak teruja. Kembar tu? Ha memang taklah. Diorang paling malas bab-bab program sekolah ni. Tapi diorang suka berkhemah.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now