HS-5

3.4K 212 2
                                    

Tangan Ariana naik mengetuk pintu bilik disiplin. Setelah dibenarkan masuk, mereka terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Encik Afif memandang Ariana dan Alicia. Sebuah senyuman terukir. Alicia memandang Encik Afif. Keningnya terangkat.

"Sila duduk." Tanpa rasa takut, mereka terus duduk di atas dua buah kerusi yang menghadap meja Encik Afif.

"Kamu berdua baru lagi, kan?"

"Ya." Alicia membalas dengan satu nada.

"Apa yang kamu berdua sudah buat dekat Natasha Mikayla?" Encik Afif sememangnya dah tahu perkara sebenar. Tetapi, apa salahnya kalau dia mahu bertanya. Nak tengok kejujuran lah katakan.

"Buat apa cikgu?" Sengaja Ariana buat-buat tak tahu.

Encik Afif melepaskan keluhan. "Apa kamu buat dekat Natasha Mikayla? Are you guys trying to bully her?"

Ariana berdecit. "We are not trying to bully her if she didn't start this freaking war." Encik Afif tergamam.

"Tell me. Apa yang dia dah buat dekat kamu berdua?"

"Meh, it is not your business."

Encik Afif merengus. Dia membuka folder rakaman CCTV sekolah yang sudah disalin ke dalam komputer miliknya.

Rakaman itu ditunjukkan ke arah Ariana dan Alicia. Rakaman itu menunjukkan setiap tindak-tanduk mereka berdua yang telah membuat beberapa jenayah di sekolah. Okay, jenayah itu terlalu kasar.

Yang telah membuat kerja yang tak patut di sekolah.

"Ada yang tak puas hati lagi?"

"Tak ada dan memang tak akan ada. Saya tak kesah kalau cikgu nak denda kami pun. Tapi ingat, sekali cikgu denda. You'll regret."

"Tolong jangan biadap dengan saya, Ariana!" Suara Encik Afif sudah naik satu oktaf.

"Kalau saya nak?" Ariana berpeluk tubuh. Sengaja mahu mencabar kesabaran seorang guru.

"Saya akan beritahu ibu bapa kamu."

Alicia pula berdecit. "They didn't even care about us."

Bagi mereka, memang ibu bapa mereka langsung tak kesah fasal mereka. Ada ke mereka setuju untuk masuk sekolah tu?

"Ariana dan Alicia, abang kenal kamu berdua. Kenapa kamu berdua jadi macam ni? Bukan dulu kamu berdua..."

Ariana meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Tanda suruh diam.

Abang? Ya, Encik Afif atau nama sebenarnya Afif Xavier ialah sepupu kepada Ariana dan Alicia. Mereka perasan benda tersebut. Tetapi sengaja nak buat macam tak kenal.

"Riana rasa benda dahulu tak perlu kot nak ungkit. Riana malas lah abang. Semua lelaki memang tak guna."

"Riana dan Licia.. Abang tahu, kamu berdua tak suka sekolah dekat sini. Tapi, tolonglah. Tunjukkan perangai yang baik. Kesian Uncle Izham dan Aunty Daniella nanti."

"What I had told you before. They didn't care about us. Sudah lah! Buang masa je kitorang duduk dekat sini." Ariana dan Alicia sudah bangun dari tempat duduk mereka.

"Abang bagi kamu berdua 2 minggu je untuk berubah. Kalau perangai masih sama kerja nak menjadi syaitan je. Abang akan ambil tindakan."

"Kalau rasa boleh, ambillah tindakan. Fikir kitorang kesah?" Seraya berkata, pintu bilik disiplin itu ditolak dan mereka berdua terus keluar dari bilik disiplin.

Encik Afif melonggarkan tahi lehernya. Dia memicit kepala. "Makin degil budak dua orang tu." Dia melepaskan keluhan.

Tak ada gunanya berkasar dengan manusia yang keras kepala. Dia tak akan menang.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now