HS-69

2K 121 4
                                    

"Dah siasat kes tu?"

Afiq pantas menangguk. "Sorry Quin, tanggapan kau salah. Dia mati kena bunuh."

Terpempan wajah Quin mendengar apa yang disampaikan oleh Afiq.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Pisau yang terhunus dari depan itu hanyalah perangkap. Actually, dia kena racun mula-mula. Dah disahkan semasa bedah siasat jasad mangsa." Lapor Lucy yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama fail kes ditangannya.

Fail itu diserahkan pada Quin. Cepat-cepat dia membelek satu persatu kertas yang terdapat dalam fail tersebut.

Ya, dah terbukti. Dengan bedah siasat.

Pembunuh menggunakan sejenis racun yang diberi nama Cyanide. Racun yang sangat cepat bertindak untuk membunuh mangsa.

Racun tersebut senang dikesan jika dibedah siasat. Warna darah mangsa akan menjadi warna merah cerah. Ketara perbezaan warnanya berbanding dengan warna darah yang asli.

Dalam kertas kes itu juga tertulis bahawa mangsa dicucuk dengan racun sebelum ditikam dari depan.

Ada kesan darah pada hujung lengan bajunya. Bermaksud mangsa dicucuk dibahagian pergelangan tangan, berdekatan dengan nadi.

Pembunuhan yang agak kejam tapi tak terlalu kejam. Ada yang lagi kejam mereka pernah siasat.

Fail kes itu ditutup dan diserahkan kembali kepada Lucy.

"Dah jumpa suspek?"

William menggeleng lemah. "Setakat ni, tak ada lagi. Tapi ada orang cakap, dia nampak orang terakhir bersama mangsa. Malangnya, tak ingat siapa."

"Dan orang itu adalah pelajar sekolah menengah yang menyertai kem bersama boss." Sampuk Faiz.

Quin pandang wajah Faiz Emir tak percaya. Biar betul?

William mengangguk, mengiyakan kata-kata Faiz.

"Lelaki ke perempuan?"

"Tak dapat dikenal pasti. Saksi mengatakan dia memakai hoodie yang bersaiz besar, tak dapat pasti bentuk tubuh. Kemungkinan perempuan, sebab dia tak tinggi sangat, kata saksi." Sambung Afiq.

Quin diam. Dia pandang sekeliling, mencari kelibat anak buahnya yang lain.

"Mana Melvin, Mikael dan Farah?"

Sudah sedia maklum Eden Elynna masih lagi tak sihat, jadi tidak perlu bertanya.

"Farah pergi oversea dengan parents dia. Minggu depan dia balik. Melvin aku tak tahulah dia pergi mana. Mikael tu, dia masih tak percaya yang Daniel tu pembelot." Perlahan suara William memaklumkan rakan-rakannya yang lain.

Quin tertunduk menekur lantai saat mendengar nama Daniel.

Faiz menyenggol lengan William. "Apa?" Bisik lelaki tu.

"Janganlah cakap pasal Daniel. Tengok Quin tu." Bisik Faiz Emir, keras.

William menggaru kepalanya. Dia tersengih janggal. "Sorry Quin. I didn't meant to mention about it."

Quin tersenyum kecil. "Tak apalah. Aku yang sepatutnya jangan down lagi."

Lucy memandang wajah Quin dengan sayu.

Bagai dapat dirasakan apa yang dirasai Quin.

"Eh, Eve mana?" Tiba-tiba sahaja Faiz menyoal apabila langsung tidak nampak kelibat Alicia Ryn Evelyn.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now