HS-54

2K 131 0
                                    

Dia melangkah turun dari BMW 7 Series Sedan miliknya. Beg sekolah yang berwarna hitam itu dipikul.

Pintu kereta ditutup dan punat kunci ditekan. Mengunci kereta kesayangannya.

Matanya sekilas memandang pada garaj kosong disebelah keretanya. Dia pun tak tahu kakaknya pergi ke mana.

Yang dia tahu, kakaknya lari dari rumah semalam. Tak dapat dijejaki. Bila call, tak ada pula kakaknya nak angkat.

Disebabkan kakak dia gaduh dengan papanya, dia pun dah jadi renggang dengan papanya. Tak tahu kenapa tapi chemistry dia dengan Ariana kalau bab-bab gaduh ni memang kuat.

Kakinya diorak masuk ke dalam kelas. Suasana kelas agak lengang ketika itu.

Tak ramai lagi pelajar yang hadir ke sekolah. Dia mengambil tempatnya. Beg sekolah diletakkan disisi meja.

Lengan blazer disinsing hingga ke siku. Butang lengan baju kemejanya dibuka. Dia menyinsing lengan baju kemejanya itu sedikit sebelum menekup mukanya pada meja.

Matanya dipejam seketika. Mengantuk. Dia tak tidur dengan lena malam tadi.

"Licia, kau free tak?" Sapa seseorang yang berada dihadapan Alicia.

Siapa lagi kalau bukan Haidar.

Alicia mengangkat kepalanya semula. Memandang si pemilik suara.

"Kenapa?" Soalnya malas. Pagi-pagi ni mengantuk gila. Tak sanggup nak bercakap dengan sesiapa.

"Tolong ajar aku addmath, boleh?" Alicia berkira-kira ingin mengajar lelaki dihadapannya ketika itu atau tidak.

Akhirnya dia bersetuju. Kerusinya diheret ke sebelah Haidar. Mechanical pencil diambil dari bekas pensel miliknya.

Kepalanya digelengkan melihat hasil jalan kerja yang dibuat oleh Haidar.

Memang ada je yang lelaki itu buat betul. Tapi yang boleh buat dia naik angin bila dia tengok jalan kerja yang langsung tak kemas.

Sekejap-sekejap elok je buat satu-satu, sekejap-sekejap adalah yang dia skip satu langkah.

Jika dah mahir tak apa lagi, dia bimbang jika masih tidak mahir.

"Soalan mana kau nak tanya?" Soalnya apabila dia lihat hampir kesemua soalan telah dijawab oleh lelaki itu.

Rajin juga dia tu!

"Integration." Alicia mencebikkan bibirnya.

Cis, dalam banyak-banyak tajuk, integration juga yang dia tidak faham. Bisik hatinya.

Baginya tajuk kamiran adalah yang paling senang. Walaupun hakikatnya susah dia tu tahap boleh membazirkan masa selama 30 minit hanya untuk menjawab satu soalan itu sahaja.

Jika diikutkan hati Alicia, mahu sahaja dia mengajar Haidar sepintas lalu tapi kerana dia tahu agak susah untuk seseorang tu catch tajuk Integration, dia cuba mengajar dengan lebih berhati-hati.

"Aih, sejak bila rapat?" Tegur seseorang.

Serentak kedua manusia itu mengangkat kepala mereka. Alicia menjeling manakala Haidar membuat tidak endah.

"Orang minta tolong kenalah ajar." Ucap Alicia. Haziq mencebikkan bibirnya.

Malaslah dia nak kisah.

Kelas 'tuisyen' tak berbayar yang diajar oleh Alicia berakhir setelah guru mata pelajaran pertama kelas 5 Pearl masuk ke dalam kelas.

Subjek apa? Sejarah. Ya, rakan-rakan. Sejarah di pagi hari yang mampu mengundang kantuk kepada semua pelajar.

Hidden Secret [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant