HS-46

2.2K 125 6
                                    

"Kenapa papa suruh semua berkumpul ni?" Soal Arish sebaik sahaja dia melabuhkan punggung diatas sofa disebelah papanya.

Alicia yang baru turun bersama Ariana juga mengambil tempat tetapi di sofa berhadapan papanya.

Seperti biasa, Ariana hanya menayangkan muka bosannya. Alicia pula buat tak kisah.

Dato' Izham mengambil nafas terlebih dahulu. Dia melepaskan satu keluhan. "Ada orang seleweng duit syarikat papa."

Terbuntang mata Datin Daniella dan Arish Edrianne. Tapi tidak bagi Ariana dan Alicia. Mereka tidak berminat langsung tentang hal syarikat.

"Papa tahu ke siapa?" Soal Arish.

"Ya Allah, kalau papa tahu, dah lama papa buang dia. Masalah sekarang ni, papa tak tahu." Dato' Izham memandang Arish disebelah. Rasa macam nak luku je kepala anaknya itu.

"Ada suspek?" Soal Datin Daniella pula.

Dato' Izham menggelengkan kepala.

"Twins, kenapa diam je?" Soal Dato' Izham pada Ariana dan Alicia yang berdiam diri sejak tadi.

"Tak berminat." Serentak mereka berdua berkata. Twins chemistry memang kuat tu.

Arish memandang kedua adiknya. Kemudian, dikalihkan padangan pada papanya semula. "Berapa ribu yang hilang, papa?"

Dato' Izham diam sejenak. Dia tak ingat berapa. "Around RM100,000."

"Banyaknya." Terkejut Datin Daniella mendengar penyataan Dato' Izham.

"Twins." Panggil Dato' Izham.

Ariana dan Alicia yang dari tadi menghadap phone kini memandang papa mereka.

"Apa?" Alicia menyahut mewakili dia dan Ariana.

"Both of you, siasat kes ni. Kalau boleh, as soon as possible."

Terbeliak mata Alicia. Tetapi Ariana masih menayangkan muka tenang tak bertempat dia.

"What for? Is it important?" Sebelah keningnya dijongketkan. Mencabar papanya untuk menjawab.

"Papa tak nak kes ni berlaku lagi."

Satu keluhan dilepaskan.

"Suruh polis jer lah. Kitorang ada banyak lagi kerja tak selesai." Balas Alicia pula.

"Nope, by hook or by crook, all i want is both of you, who will handle this case. End of discussion."

Ariana mendengus geram. "Yea yea yea, that's right. Our priority is not important for you at all." Lepasnya geram.

Dia terus bangun dari sofa dan naik ke tingkat atas.

"One day, when both of us reveal who's the suspect. I swear you'll never believe in us." Seraya berkata sedemikian, Alicia bangun mengikut jejak langkah kakak kembarnya.

Arish mengerutkan dahi mereka. Bingung. Kenapa suruh kembar berdua tu buat kerja? Apa kerja kembar tu selama ni. Itulah yang bermain di dalam fikirannya.

"Mama, kembar tu kerja apa? Kenapa suruh diorang?"

Datin Daniella memandang anak terunanya. "Kamu tak tahu lagi?"

Arish menggelengkan kepala.

"Diorang ada tubuhkan group bawah pihak polis. Tugas asal mereka untuk menyiasat satu kes pembunuhan yang telah lama terkubur tetapi dibuka semula. Selain itu, mereka juga akan bantu polis dalam mana-mana kes yang melibatkan pembunuhan atau sindiket dadah."

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now