HS-42

2.2K 134 12
                                    

Hari ini merupakan hari sukan tahunan sekolah. Setiap pelajar diwajibkan memakai baju rumah sukan yang ada logo sekolah.

Kecuali bagi mereka yang terlibat dengan acara perbarisan. Tetapi acara tersebut berlangsung pada keesokkan harinya. Bukan hari ini.

Semua pelajar diarahkan untuk beratur mengikut rumah sukan.

Rumah sukan Alpha berada dibarisan paling kanan diikuti dengan Luna, Beta dan Gama.

Ilmyra menarik tangan Ariana untuk berada dibarisan paling hadapan bagi pelajar perempuan.

Ariana hanya mengikut langkah gadis itu sahaja. Jika dibantah pun bukan mendatangkan manfaat.

Disebelah mereka pula berdirilah seorang pelajar perempuan yang amat dikenali dengan panggil Natasha.

Ha ye, sebelah mereka adalah Natasha Mikayla bersama seorang rakannya yang dari rumah sukan Luna juga.

"That's your brother, right?" Jari Ilmyra menunjukkan ke arah Arish yang melangkah menaiki anjung yang terdapat dipadang tersebut.

Ariana mengangguk tetapi dia langsung tidak memandang ke arah yang ditunjukkan.

"Are you okay? Is anything wrong between you and him?" Soal Nisha Ilmyra prihatin.

Dulu elok je dua beradik tu berbaik. Tiba-tiba sahaja keduannya tak bertegur sapa. Sudah sebulan mereka berdua langsung tidak bercakap.

Ariana menggeleng kepalanya. Bukan perangai dialah menceritakan masalah dia pada orang lain selain Daniel Mukhriz.

Cakap fasal Daniel Mukhriz. Semenjak abangnya menyuruh untuk menjauhkan diri dengan lelaki itu, dia langsung tidak berjumpa dengan lelaki itu.

Sudah sebulan mereka tidak berjumpa. Mesej atau telefon pun tidak. Kemungkinan Daniel sibuk.

Jadi dia tidak berani untuk menanyakan khabar. Sebenarnya, dirinya berasa kosong tanpa lelaki itu disisi. Dia pun tak tahulah kenapa.

Mungkin lepas hari sukan ini, dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Dan memintanya untuk menyelesaikan salah faham antara dia dan Arish.

Sesi senamrobik dimulakan dengan Haziq, Haidar, Irfan, Arish, dan Naufal yang mengetuai senamrobik itu.

Kebanyakkan pelajar lelaki hanya melakukan apa yang mereka rasa mereka hendak buat. Tak bersemangat nak buat betul-betul.

Pelajar perempuan pula ada yang cuba untuk buat dengan betul mengikut pergerakan kelima jejaka yang ada diatas anjung.

Yalah, siapa je tak nak berlakon pandai depan crush kan? Kelima jejaka itu menonjolkan kelebihan masing-masing dan ditambah dengan muka mereka yang boleh dikatakan perfect.

Mestilah ramai yang tergilakan mereka. Jejaka idaman semualah katakan.

Namun tidak bagi Alicia dan Ariana. Tak ada masa untuk meminati lelaki yang sama umur.

Selesai sahaja senamrobik, semua pelajar dibenarkan masuk ke bawah khemah rumah sukan masing-masing.

Seperti biasa, Ilmyra mengheret Ariana ke Khemah Alpha. Khemah itu dihiasi dengan bunga manga, belon, riben dan beberapa kipas tangan. Semuanya berwarna merah dan putih.

Ahli rumah sukan Alpha berkumpul mengelilingi Madam Helena selaku guru penasihat rumah sukan itu.

Guru itu mengagihkan sehelai kertas yang tertulis acara dan waktu yang dikehendaki untuk pelajar pergi melaporkan diri.

Ariana yang elok bersandar di tiang khemah, mengangkat wajahnya memandang huluran Haziq.

Gadis itu mengjongketkan keningnya tanda 'apa.'

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now