HS-73

2.2K 138 16
                                    

Special Chapter
______________________________________

Matahari sudah melabuhkan tirainya dan bulan pun muncul disebalik awan.

Malam itu, seperti yang telah dijanjikan oleh 2 orang remaja itu, mereka berdua berjumpa di sekolah pada pukul 8.00 malam.

Tak mahu berjumpa pukul 9.00 malam nanti terlalu lewat pulang ke rumah pula.

Hood hoodie dinaikkan ke atas kepala, menutup separuh wajahnya. Mask juga turut dipakai. Begitu juga dengan Haziq, dia melakukan perkara yang sama.

Dan seperti jodoh, mereka memakai hoodie warna yang sama. Warna hitam.

Disebabkan mereka tidak mahu ditangkap oleh pengawal, mereka menggunakan jalan belakang untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.

Apa lagi kalau bukan panjat pagar. Kereta pula diparkirkan jauh dari sekolah agar tidak ditemui oleh orang lain.

"Siapa nak panjat dulu?" Soal Ariana. Kalau dia nak mulakan pun boleh. Kalau dia yang terakhir pun boleh.

"Aku panjat dulu." Balas Haziq.

Ariana mengiyakan sahaja.

Haziq berundur beberapa tapak ke belakang. Kemudian berlari dan melompat ke arah pagar yang ingin dipanjat.

Dengan mudah dia memegang tembok pagar itu dan memanjatnya naik.

Terpegun Ariana seketika melihat ilmu parkour yang ada dalam diri Haziq.

Ingatkan lemah sangat!

Ariana turut melakukan perkara yang sama.

Sempat lagi dia membuat gaya ketika ingin mendarat turun.

Dia menepuk-nepuk seluarnya yang kotor akibat habuk yang ada atas tembok pagar itu. Menyesal pergi duduk.

"Ready?" Segera Ariana menganggukkan kepalanya.

Kalau tak bersedia ni peliklah. Mereka berjalan perlahan-lahan pergi ke blok E.

Tak perlu menggunakan lampu suluh kerana kawasan sekolah itu telah dipenuhi dengan cahaya lampu. Lagi-lagi di bahagian blok.

Mereka sampai di hadapan tangga yang berada di hujung bangunan blok E.

Tangga itu ditutup dengan grill dan dikunci.

Ariana mengambil pin rambut yang terselit di rambutnya. Dengan pantas, dia mampu membuka kunci grill itu tanpa sebarang bunyi.

Tak susah pun.

"Kau dah lama ke buat kerja menceroboh ni?" Tiba-tiba Haziq menyoal setelah melihat kepakaran Ariana.

Sekelip mata je grill itu terbuka!

"Lebih kuranglah." Balasnya. Dengan berhati-hati dia menolak grill itu supaya tidak menghasilkan bunyi.

Nasib baiklah grill itu masih baru dan tidak berkarat. Lancar sahaja benda itu bergerak.

Masuk sahaja ke kawasan tangga, grill itu ditutup. Mereka berdua melangkah naik ke tingkat atas.

Tak ada bunyi pun yang terhasil saat mereka menaiki tangga. Nak ceroboh masuk ni senang je kalau dah betul-betul mahir!

Setelah mereka mendaki 20 anak tangga, akhirnya tiba juga mereka di tingkat 2 blok E.

Bilik rahsia itu dicari. Jumpa!

Perlahan-lahan Ariana memegang mangga itu. Password yang telah diberikan oleh Daniel dimasukkan.

Berjaya!

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now