HS-72

2.3K 141 21
                                    

Special Chapter
______________________________________

Malam itu, Ariana pulang ke rumah setelah habis sesi melawat Arish di hospital.

Tak tahu nak cakap apa dengan keadaan Arish. Wayar berselirat di katilnya, siap ada mesin ventilator lagi.

Dan betul tekaan doktor yang merawat Arish, lelaki itu mengalami koma.

Mungkin buat sementara waktu atau buat beberapa bulan. Jika Arish tidak sedarkan diri juga dalam masa 5 bulan, doktor terpaksa mencabut ventilator dia dan Arish akan pergi buat selamanya.

Pastinya satu keluarga tak setuju dengan cadangan doktor tu tapi nak buat macam mana kalau dah ditakdirkan untuk dia pergi dulu.

"Assalamualaikum, Ari dah balik." Laung Ariana dari luar rumah sambil membuka pintu.

Kasut sneakers ditanggalkan dan diletakkan ke atas rak kasut. Dia menapak masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Selamat pulang Ariana." Sapa Kak Idah bersama senyuman mesra.

Ariana membalas senyuman itu. "Yang lain tak balik lagi eh?" Soal gadis itu pada salah seorang pembantu rumahnya.

"Belum lagi. Oh ya, Arish macam mana?" Soal Kak Idah pula.

Ariana tersenyum kelat. "Dia koma. Tak tahulah bila dia akan sedar."

"Oh, akak ucapkan takziah buat keluarga kamu. Stay strong, ya?" Ujar Kak Idah lembut.

Ariana sekadar mengangguk. "Okaylah, Ari naik dulu."

"Baik."

Ariana pergi ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.

Baru beberapa langkah dia mendaki, tiba-tiba namanya dipanggil oleh Kak Idah semula.

"Kenapa?"

"Petang tadi ada orang kirim surat untuk Ariana. Tak tahulah siapa, dia tak nak bagitahu nama dia. Surat tu ada dekat atas meja tepi katil Ariana." Terang Kak Idah.

"Baiklah, terima kasih." Laung Ariana dari tingkat atas.

Dia bergegas naik dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup dan dikunci.

Sepucuk surat yang elok bersampul berwarna coklat terletak elok diatas meja sisi katilnya.

Dia mengabaikan surat itu dahulu. Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Sesudah dia mandi, sehelai t-shirt dan sweatpants disarungkan. Dia tak ada baju pyjamas yang khas untuk tidur. Sekadar t-shirt dan sweatpants sahaja.

Dia duduk dibirai katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Matanya tertancap pada sampul surat itu.

Tuala disidaikan pada tempat yang sepatutnya. Dia duduk semula dibirai katil.

Surat itu diambil dan dikoyakkan sampulnya. Sepucuk surat dikeluarkan dari sampul itu.

Dan surat itu dibacanya.

Kehadapan Ariana Quin Evelyn,

     Assalamualaikum, hai! Kau apa khabar? Aku Daniel. Daniel Mukhriz as your ex teammate.

Membaca sahaja nama itu, Ariana berura-ura untuk mengoyakkan kertas itu sahaja. Namun tindakkannya terhenti apabila matanya terbaca ayat yang seterusnya.

     No! Jangan koyak lagi. Baca ni sampai habis, nanti nak koyak tu koyaklah. Aku tak kisah dah.

    Anyways, kau ada received e-mail aku tempoh hari, kan? Unexpected gila sebab aku screen record semua perbualan kita, right? Nothing important, just aku nak simpan memories antara kita berdua je.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now