HS-40

2.4K 130 6
                                    

Tapak tangannya diletakkan pada tombol pintu. Pintu itu terbuka dengan sendirinya dan membenarkan gadis itu untuk masuk.

Ya, pintu itu menggunakan sistem biometrics. Sistem dimana ia mengesan cap jari bagi si pemegang tombol pintu.

Sudah tentulah amat susah untuk seseorang memasuki bilik tersebut.

Gadis itu berlegar di dalam bilik tersebut.

Rak buku yang berada disebelahnya dipandang sekejap. Rambutnya yang berserabai diikat tinggi.

Dia masih tidak berpuas hati kerana tidak menjumpai pendrive berharga miliknya.

Nasib sahajalah pendrive itu dia telah memasang satu alat keselamatan. Dia berharap sangat agar tiada siapa mampu mencerobohi pendrive itu sekiranya mereka jumpa pendrive tersebut.

Tangannya membelek semua buku yang ada disitu.

Buku-buku yang tersusun disitu agak berhabuk kerana tidak pernah disentuh mahupun disusun sejak 3 tahun yang lepas.

Ada satu sahaja buku yang sentiasa disentuh. Ya, iaitu sebuah buku yang dibelakangnya terdapat pad nombor untuk ke bilik bawah tanah.

Sebenarnya bilik ini dibina oleh papanya 7 tahun yang lepas kerana papanya memerlukan ruang privasi untuk menguruskan syarikat yang baru sahaja membangun.

Sepatutnya, papanya boleh sahaja guna sebuah bilik yang dibuat seperti pejabat yang berada ditingkat kedua.

Namun, pada ketika syarikat papanya masih lagi mentah dalam urus niaga, terjadi satu kes penyelewengan duit syarikat yang begitu banyak jumlahnya sehinggakan syarikat tersebut menjadi muflis.

Apabila disiasat dan ditunjukkan bukti, rupanya yang menyeleweng duit syarikat itu merupakan personal assistantnya ketika itu.

Setelah semua bukti kukuh dan telah dibicarakan dalam mahkamah, bekas personal assistantnya itu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Sejak kejadian itu, papanya tidak lagi mempercayai orang lain termasuklah pekerjanya sendiri. Dan disebabkan kejadian itu, dia tidak mengambil mana-mana personal assistant lagi.

Tapi, 3 tahun yang lepas, papanya cuba untuk mempercayai orang lain. Sudah tentu dia masih lagi berhati-hati untuk memilih personal assistantnya.

Amelia Einara, Ariana sangat mengenali gadis itu. Rupanya yang jelita dan ketinggiannya persis model antarabangsa memang dikagumi Ariana sejak dahulu lagi.

Ariana menganggap Amelia Einara sebagai kakak angkatnya kerana Amelia melayannya begitu baik.

Ariana juga meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada gadis persis model itu.

3 tahun telah berlalu dan kes penyelewengan duit syarikat tidak lagi berlaku. Disebabkan itu, papanya juga amat percayakan Amelia Einara.

Dato' Izham tak akan mencari pengganti bagi Amelia Einara. Dia tahu, gadis itu mampu lakukan segalanya.

Selepas itu, bilik ini tidak lagi digunakan. Papanya telah menukar kod bilik ini dan bilik ini hanya boleh digunakan oleh Ariana sahaja.

Walaupun sikap Ariana yang tidak seberapa elok, papanya tetap memberikan gadis itu bilik tersebut kerana gadis itu mempunyai satu lagi dunia yang perlu dia uruskan.

Betul, dunia gelap.

Ariana berehat seketika di sebuah kerusi yang ada di dalam bilik itu.

Tingkap yang terdapat dalam bilik itu dipandang. Keadaan malam yang gelap gelita langsung tidak menimbulkan rasa takut dalam diri Ariana.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now