HS-67

2K 127 38
                                    

Sebuah kerusi yang betul-betul menghadap Lucy, didudukinya.

Dia memandang wajah rakan-rakannya satu persatu.

Macam tengah risaukan sesuatu. "Kenapa ni?" Soal William.

Maklumlah dia tidak menyertai misi beberapa hari yang lepas, jadi dia tak tahu apa yang terjadi.

Hari ni pula, Faiz, Farah and Eden tidak dapat menghadirkan diri. Katanya sibuk.

Lucy merenung muka William sekejap sebelum menggelengkan kepalanya. "Tak ada apalah."

William menggulingkan biji matanya ke atas. Selalu sahaja perkataan tak ada apa keluar dari mulut gadis di hadapannya.

Susah apa nak bagitahu benda sebenar?

"Mikael, tak nak jawab?"

Mikael bagai tersedar dari lamunannya. "Erm, macam ni sebenarnya."

Dia menggaru pelipisnya. Tak tahu macam mana nak terangkan.

"Eden mengalami banyak luka dan ditahan di wad. Sebelum dia pengsan tiba-tiba, ada sesuatu dia nak bagitahu kitorang tapi sampai sekarang dia tak sedarkan diri." Afiq menyambung kata-kata Mikael.

William mengalihkan tumpuannya pada Afiq. "Fasal apa?"

"Daniel." Sepatah Melvin menjawab.

Berkerut dahi William mendengar nama yang meniti di bibir gadis itu.

Dah kenapa pula dengan Daniel? Ada masalah apa-apa ke?

"Dah kenapa pula?"

Bunyi dentuman pintu bilik dihempas mengejutkan mereka berlima.

Semua mata teralih pada pintu yang baru sahaja dihempaskan. Eve.

"Dia pembelot." Tergamam kelima-lima anak buahnya.

Pandangan mata Melvin terjatuh pada lantai.

"Tapi kenapa?" Soal Lucy seperti tidak percaya dengan kata-kata Eve.

"I don't know. Just dia belot." Pendek Eve menjawab.

Dia duduk bersilang kaki dibirai meja mesyuarat.

"Kau tipu aku, kan?" Perlahan Mikael menyoal.

Sahabat karibnya tu. Takkanlah nak belot?

"Tak." Eve menggelengkan kepalanya.

"Kau tipu aku!" Mikael bagai naik gila. Dia mencekak kolar baju Eve.

Membuatkan gadis itu terapung diawangan akibat ketinggian Mikael yang jauh lebih tinggi darinya.

Terkesima semua orang melihat tindakan Mikael yang hilang kawalan.

Eve tenang. Dia tidak membalas serangan Mikael.

Anak matanya jatuh pada anak mata hijau tua milik Mikael.

Dia merenung mata Mikael sedalam yang dia boleh. "Aku tak tipu kau." Tenang dia berkata.

Air mata Mikael mula bergenang. Dia melepaskan kolar baju Eve.

Eve memegang lehernya. Sakit juga bila Mikael cekak kolarnya.

Mikael keluar dari bilik mesyuarat. Menghempaskan pintu kayu bilik itu.

Terhinjut bahu Melvin yang masih dibelenggu rasa sedih.

Dia mahu menangis. Tapi dia tak rasa berguna kalau dia nangis sekarang.

Buat apa nak nangis pada orang yang dah belot pada kita? Dengan tangisan tu, boleh kembalikan perangai dia yang asal?

Hidden Secret [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora