HS-16

3.2K 172 0
                                    

Zayra Ikha termanggu dihadapan meja belajarnya. Fikirannya melayang entah ke mana.

Sesekali dia mengurut kepalanya yang agak pening. Pening memikirkan masalah yang dibelenggu sekarang ini.

Sudah lama dia abaikan pasal benda ini. Seketika hatinya terasa sakit. Sakit yang teramat.

Hatinya bagaikan retak seperti gelas kaca terhempas ke atas batu. Dia menekup mukanya di atas meja.

Stres!

Rambutnya dicengkam kasar. Sakit otaknya apabila memikirkan masalah tersebut.

Dengan homework bertimbun yang cikgu bagi. Mahu saja dia baling kesemua homework itu.

"Ikha."

Ikha terus menggangkat wajahnya. Dia mengemaskan sedikit rambutnya. Wajah dipalingkan ke arah pintu.

"Mummy." Sebuah senyuman tipis diukir.

"Ikha okay ke?" Puan Arlyne melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya. Punggung dilabuhkan ke atas katil.

Ikha mengangguk. Dia bangun dan terus menghenyak punggungnya disebelah ibunya.

Kepalanya disandar pada bahu Puan Arlyne.

Tangan Puan Arlyne terus mengusap kepala anaknya. "Mummy tahu, Ikha tak okay ni. Cuba bagitahu Mummy, kenapa?"

Ikha diam sejenak. Nafasnya ditarik sedalam mungkin. "He is back, Mummy." Puan Arlyne terus memandang Ikha.

"Who?"

"Edrianne." Terus Ikha memandang ke arah lain. Tak sanggup mahu mengingati peristiwa yang dia pernah hadapi dulu.

Dia tak suka perjalanan kisah hidupnya terjadi. Dia tak nak ulanginya semula.

Puan Arlyne hanya diam dan tersenyum nipis. "Mummy tak boleh nak cakap apa-apa, sayang. Tapi Mummy rasa, dia baik. Cuma dia buat macam tu dulu, sebab keadaan yang memaksa. Bukan dia rela."

Ikha mengeluh. "Ikha percayakan dia, but its just an old memory. I can't trust him, right now. From what he had done to me. I hate him." Untuk pertama kalinya, dia mengutarakan perkataan benci kepada seseorang yang pernah dia cintai.

"Are you sure, you hate him?" Ikha diam. Dia mengangkat mukanya memandang Puan Arlyne.

Puan Arlyne memandang mata anaknya. Mencari kebenaran disebalik kata-kata anak gadisnya.

"Ikha boleh tipu Mummy tapi Ikha tak boleh tipu perasaan Ikha." Nasihat Puan Arlyne.

"Dah, jangan kisahkan pasal dia lagi. Jom turun makan." Ikha hanya menurut kata-kata Puan Arlyne.

Mereka berdua melangkah memasuki dapur untuk makan malam.

.........

Pintu rumah dikuak. Kasutnya ditanggalkan dan dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa salam gamaknya.

"Awal balik." Sindiran itu membuatkan kepala Ariana terus tertoleh ke arah tuan empunya suara.

Ariana berdecit.

"Memang awal pun. 'Terlalu' awal." Dia membuat eye roll. Sekali dengan muka menyampah dia tayangkan.

"Pergi mana?" Baru sahaja Ariana ingin melangkah pergi, kakinya terhenti. Orang dah penatlah! Sibuk nak soal macam-macam!

Ariana berpaling ke arah Arish. Muka berang ditayangkan. "Adalah. Arish tak perlu tahu." Gadis itu terus melangkah meninggalkan Arish yang masih menonton televisyen.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now