HS-74

2.3K 155 21
                                    

Tengah hari itu, Ariana pergi ke markasnya bersama Haziq.

Dia masuk ke dalam markas yang berteknologi canggih itu.

William yang terdengar pintu utama terbuka segera memalingkan wajahnya. "Eh, boss. Kenapa datang sini? Tak sekolah ke?"

"Kena gantung sekolah." Ujar Ariana sambil tersenyum bahagia.

"Eh, kena gantung sekolah pun bahagia?" Tanya Faiz, hairan.

Ariana tersengih.

"Weh, awkward duh." Tiba-tiba Haziq bersuara.

Tak semena-mena semua anak buah Ariana yang ada ketika itu mengacukan pistol padanya.

Haziq mengangkat kedua belah tangannya tanda tak bersalah. Tindakan refleks.

Ariana tergelak halus. "Letakkan senjata. Chill, dia kawan aku." Arahnya.

Dan semua menurut perintah.

"Kenapa bawa dia ke sini?" Soal Lucy sambil meletakkan pistol yang dipegangnya sebentar tadi ke atas meja.

Ariana menyenggol lengan Haziq. Menyuruh dia untuk perkenalkan diri.

Haziq pasrah. "Em, hai? Nama aku Izz Irshad Haziq. Kawan kepada boss korang." Janggal dia memperkenalkan diri.

Ariana menjeling Haziq. Menyuruh dia untuk menyambung lagi kata-katanya.

"And aku Shadow Knight. One of Phantom Sword's member."

Terbuntang mata William dan Melvin tatkala mendengar nama gelaran Haziq.

"So, kaulah selama ni yang kitorang cari profile beribu kali tapi tak jumpa-jumpa?" Soal Faiz sambil berpeluk tubuh, merenung tajam ke dalam mata Haziq.

Pantas Haziq mengangguk.

"Back to my question, kenapa bawa dia?" Serius Lucy bertanya.

Ariana mengheret lengan hoodie milik Haziq untuk duduk diruang berkumpul atau lebih tepat ruang tamu mereka.

"Tolong kita menyiasat kes pembunuhan kakak aku." Jawab Ariana. Tangannya mengeluarkan satu pemacu pena yang digunakannya malam semalam.

Ya, pemacu pena yang terdapat maklumat dari komputer yang ada dalam bilik rahsia tersebut.

"Afiq, pecahkan semua kod file yang ada dalam pendrive ni."

Afiq mengangguk. Ariana mencampakkan pemacu pena itu kepada lelaki tersebut.

Dengan cekap Afiq menyambut.

"Mana kau dapat files tu?"

"Dari komputer yang ada dalam bilik rahsia dekat sekolah aku. Oh ya, tolong siasat sekali tentang pengetua sekolah aku. Perangai dia agak mencurigakan."

Afiq patuh akan arahan Ariana. Dia memecahkan semua kod yang ada pada fail-fail yang telah ditransfer ke dalam pemacu pena itu terlebih dahulu sebelum menyiasat tentang pengetua sekolah Ariana.

"Amboi, macam tu je eh kau buat kerja? Mengarah orang je?" Tegur Haziq di sebelah.

Ariana menggulingkan biji matanya ke atas. Menyampah.

"Kau tak pernah jadi ketua, kan? Baik kau diam." Seraya itu dia mengeluarkan phonenya yang berdeting.

Ada mesej daripada Aishy Izzara.

                      Aishy Izzara

Weh, kau okay tak?

Asal balik do?

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now