HS-59

2K 130 9
                                    

Kertas 1 untuk subjek Kimia dipandang kosong.

Dah 3 minggu dia menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun. Dan selama 3 minggu itu juga dia cuba untuk tidak menjejakkan kaki ke markas.

Fokus pada peperiksaanlah kononnya. Kes-kes baru yang diterima langsung dia tidak ambil peduli dan memberikan kes itu kepada anak buahnya sahaja.

Harap-harap boleh handle lah.

Sejak kebelakangan ini, fikirannya dihantui oleh kata-kata Afiq tempoh hari. Atau lebih tepat, minggu lepas.

"Quin, Riyad yang menyeleweng duit. Zahid and Lucas tak ada kaitan. Bukti semua dah kukuh."

Terkejut bukan kepalang bila dia dengar berita tu. Dulu bukan main dia mengesyaki Lucas.

Dan firasat dia pun kuat mengatakan Lucas yang lakukan semua tu. Tapi apakan daya, bila bukti semua dah ditujukan pada Riyad. Sememangnya Riyad yang bersalah.

Setelah mendapat tahu berita tu, dia tak ada kekuatan untuk bagitahu papanya, jadi dia menyerahkan kepada Daniel untuk bagitahu Dato' Izham.

Elok sahaja Dato' Izham melayan Daniel tapi bila tiba je waktu malam, satu kata-kata Dato' Izham mampu membuatkan Ariana rasa tak berguna.

"Papa dah cakap buang terus nama Lucas. Kan dia tak terlibat langsung. Setakat ada 1 bukti yang tunjukkan tu dia pun tak ada guna. Macam ni ke 'polis' buat kerja?"

Tak tahu kenapa tapi dia terasa sangat dengan kata-kata tu. Walaupun bukan sekali dia kena.

Macam kepercayaan papanya pada dia semakin lama semakin menipis.

"Pstt.. kau termenung apa, Ariana?" Bisik Haziq disebelah.

Dari tadi lagi lelaki tu perasan Ariana langsung tidak buka kertas peperiksaannya. Masa pun telah dibazirkan. Adalah dalam 10 minit.

Ariana memandang Haziq seketika. Kepala digelengkan. Dia membuka kertas soalan dan cuba untuk menjawab.

Semestinya dia tidak dapat fokus pada soalan itu sepenuhnya.

.........

Sisa susu coklat yang terakhir disedut sebelum kotak susu jenama Dutchlady itu dicampakkan ke dalam tong sampah.

Dia memandang suasana berdekatan koperasi sekolah. Ramai orang tengah sibuk membaca buku dan mengulang kaji.

Badannya disandarkan pada kerusi batu. Satu keluhan dilepaskan.

Tak habis-habis perkataan Afiq dan papanya terngiang-ngiang di dalam otak sehinggakan dia tidak dapat fokus untuk menjawab soalan.

Dia menopang dagunya diatas meja.

Serabut.

Ttak!

Terhinjut bahunya buat seketika. Terdapat satu tin air 100plus dihadapannya. Dia memandang si pemberi air itu.

Izz Irshad Haziq.

Selamba lelaki itu duduk dihadapan Ariana.

"Kau okay tak?" Soalnya. Tangannya lincah membuka tin air yang satu lagi.

"Okay." Ariana menjawab dengan suara yang tak bermaya.

"Kau tak okay ni. Cuba cerita dekat aku, kenapa?" Haziq cuba memujuk.

Sesungguhnya dia tak mahu melihat Ariana muram seperti sebelum ini.

"Tak apalah. Menyusahkan kau je." Balasnya bersama satu senyuman tipis.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now